Muhammad Qutub (Adik Kandung Syed Qutub) Meninggal Dunia

Muhammad Qutub

Terjemahan: zain-ys dari al-sharq.com

04 April 2014 - Pemikir Islam Mesir terkenal, Muhammad Qutub saudara kandung Syed Qutub telah meninggal dunia di Jeddah, Jumaat ini di Hospital Pusat Perubatan Antarabangsa.

Beliau dengan 35 karya tulisnya merupakan antara pemikir Islam tersohor di dunia Islam. Beliau menerima anugerah Antarabangsa al-Malik Faisal pada tahun 1998. Beliau bersama anggota Ikhwanul Muslimin berhijrah ke Arab Saudi selepas didakwa di Mesir pada tahun 60an.

Muhammad Qutub lahir pada 26 April 1919 di kampung Musya di wilayah Asyuth. Beliau merupakan lulusan kuliah sastera jurusan Bahasa Inggeris di Universiti Kaherah pada tahun 1940. Selepas itu beliau telah memperolehi diploma dalam bidanga psikologi pendidikan.

Muhammad Qutub bersama abangnya ditangkap selepas dua tahun Revolusi Mesir pada tahun 1954, kemudian ditangkap sekali lagi pada tahun 1965 hingga tahun 1972 di mana Syed Qutub telah digantung setahun sebelum itu. Kemudian beliau meninggalkan Mesir dan pergi ke Arab Saudi. Di sini beliau mengabdikan diri untuk dakwah.

Beliau bertugas sebagai ahli akademik, menyelia penyelidikan universiti dan menulis puluhan buku. Beliau mempunyai beberapa karya tulis dalam bidang sastera. Buku-bukunya mensasarkan kesedaran masyarakat Islam pada abad 20 dengan bersandarkan kepada ilmu sosiolgi dan psikologi.

Pengkebumiannya dijadualkan esok, Sabtu di Jeddah. Pemergiannya disambut dengan penuh dukacita oleh pelbagai kalangan dalam masyarakat Islam. Di media sosial dapat disaksikan bagaimana berita kematiannya dikongsikan serta direspon dengan jumlah yang besar.

 


Teks asal

وفاة المفكر الإسلامي محمد قطب في السعودية

القاهرة – عبد الناصر عبد المنعم

توفي، اليوم الجمعة، في مدينة جدة بالسعودية المفكر الإسلامي المصري المعروف محمد قطب، شقيق المفكر الشهير سيد قطب، وذلك في مستشفى المركز الطبي الدولي.

 

ويعتبر قطب الذي ألف نحو 35 كتابا من أبرز المفكرين في العالم الإسلامي، وحصل على جائزة الملك فيصل العالمية عام 1988، حيث لجأ إلى السعودية مع أعضاء من الإخوان المسلمين عقب ملاحقتهم في مصر في ستينيات القرن الماضي.

 

ولد قطب في 26 أبريل عام 1919، في بلدة "موشا" بمحافظة أسيوط، وتخرج من كلية الآداب فرع اللغة الإنكليزية بجامعة القاهرة عام 1940، وحصل على دبلوم التربية علم نفس بعد ذلك.

 

اعتقل قطب مع شقيقه الأكبر بعد عامين من الثورة المصرية عام 1954، واعتقلا مرة أخرى عام 1965 حتى عام 1972، فيما حكم بالإعدام على سيد قطب قبله بعام، ليغادر بعدها مصر إلى السعودية ويتفرغ فيها للدعوة.

 

عمل أكاديميا وأشرف على أبحاث جامعية، وألف عشرات الكتب، وكان له كتابات أيضا في مجال الأدب، واستهدفت كتاباته توعية المجتمع الإسلامي في القرن العشرين بالاستناد إلى علوم الاجتماع والنفس.

 

ومن المقرر أن يتم دفن جثمان "قطب"، غدا السبت، في مدينة جدة، وأثارت وفاته حزنا كبيرا لدى مختلف الأوساط الإسلامية، و شهدت مواقع التواصل الاجتماعي تناقلا لخبر وفاته بشكل كبير مع تفاعل واضح بهذا الرحيل

Kategori Berita: