SU-00181: Purdah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00181: Purdah

:salam

Apakah hukum memakai purdah bagi wanita??Adakah ianya wajib??tolong sertakan nas2 nya skali yek..

jazakallahukhair...

:wassalam :duel2

Re: SU-00181: Purdah

:salam

Berikut petikan jawapan THTL:

Jawab:
Purdah bermaksud pakaian bagi wanita Islam terdiri dari dua jenis: Hijab atau Hijab+ Niqab
Hijab bermaksud pemakaian sederhana yg membuka muka dan dua tapak tangan.
Niqab bermaksud berhijab dan ditambah dgn niqab atau burqa (penutupan muka)

Sebelum Islam, wanita Arab jahiliyah memakai bermacam ragam pakaiaan. Tapi yg common ialah: khimar (menutup kepala), dar' (menutupi badan), jilbab (pakaian yg dipakai di atas Dar') dan mengenakan pula niqab (menutup muka kecuali dua mata) atau Burqa (menutup semua sekali).
Bila Islam datang, pakaian yg disyari'atkan ialah hijab sahaja (seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan). Jilbab dan khimar itu dikekalkan kecuali niqab atau burqa'.
Dalil: 24: 31 dan 33: 59. Jika ada fuqaha' yg mewajibkan niqab atau burqa, ia adalah khilaf yg sudah ditolak oleh ahli Tahqeeq.

SJ-2188: Hukum pemakaian purdah??

:wassalam