assalamualaikum
Saya (ambo) nak tahu tentang pandangan Islam-dibenarkan dan/atau sebagainya, mengenai 'mengele'. Utk pengetahuan, mengele (dlm bhs kelate) itu ialah memberi duit kpd tuan punya majlis kenduri kahwin-bekwoh-walimatul'urus. Kekadang ngele ni menjadi burden pula kpd tetamu.
jazakumulLahukhaeer
:wassalam
Jawab:
Vocabulary/Mufradat/Kamus:
'Mengele' = para jemputan majlis kenduri kahwin di Kelantan diwajibkan menghulurkan sumbangan (walaupun pada kadar minima) ketika ingin beredar dari majlis itu. Mengele yg lebih besar dinamakan Derai, selalunya melibatkan kerabat dan sahabat handai. Derai ialah sumbangan yg lebih besar (biasanya RM 50 atau lebih) kerana ia melibatkan timbalbalas.
"Bekwoh" = ialah majlis walimah al urs (kenduri kahwin) yg diambil dari bahasa Inggeris 'big work' (kerja besar)
Sebelum kita bawakan pandangan Islam tentang adat yg sudah berakar umbi ini, kita soroti kembali bekwoh di zaman salaf.
Taraf kehidupan orang Kelantan ini memang rendah berbanding dgn masyarakat di pantai Barat. Ditambah dgn iklim politik yg unik, masyarakat melayu Kelantan lebih menyukai satu suasana yg sederhana dan tidak banyak perubahan. Ramai anak kelantan yg berada di Pantai barat pun suka melihat Kelantan dalam keadaan yg asal bila mereka pulang bercuti (terutamanya Hari Raya).
Zaman dulu keadaan kemiskinan ini memang amat ketara dan bila mereka ingin melaksanakan kenduri kahwin, maka utk menumbangkan seekor lembu sudah tentu memakan belanja yg agak besar. Jadi cara yg menasabah utk membantu meringankan beban mengeluar belanja kenduri itu, alim ulama' Kelantan mencontohi kehidupan para salaf di Medina yg rata-rata mereka pun dha'ef juga. Para salaf (sahabat) bila ada di antara mereka yg miskin ingin mengadakan kenduri kahwin, maka tampillah para sahabat menghulurkan bantuan berbentuk haiwan, tamar, gandum dsbnya.
Maka pada zaman dulu dan malah sekarang pun (di kampung2), mengele ini ialah di mana jiran2 datang menghulurkan beras, gula, kelapa, dsbnya.
Kita bawakan dalil-dalilnya:
a. HR Ahmad (5/359), Tabrani, atTohawi, Ibn Asaakir dari Buraydah bin Husaib ra, ketika Nabi saw ingin mengadakan walimah kerana pernikahan Ali dan Fatimah, Sa'ad berkata, dia akan menyumbang kambing, yg lain berkata dia akan menyumbang gandum dan terkumpullah dari Kaum Ansar, gandum.
Hadis ini perawinya siqah menurut Ibn Hibban dan Ibn Hajar Asqalani (atTaqreeb)
b. HR Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra menceritakan ketika berlangsungnya majlis walimah antara Nabi saw dan Safiyah, Nabi saw bersabda kepada sahabat2 yg kaya," barangsiapa yg mempunyai kelebihan makanan, bawalah ke sini". Setelah tikar dihamparkan, sahabat2 membawa makanan.
Nah, itu adalah asal usul 'mengele'.
Manakala mengele yg ada di amalkan di Kelantan sekarang adalah suatu adat yg sudah menyimpang. Mengele wajib ini adalah bid'ah adat yg perlu dibenteras kerana ia bercanggah dgn ayat2 AlQur:an, yakni surah yg popular yg wajib dibaca di pagi Subuh hari Juma'at iaitu surah alInsan (76):
"Kami memberi makanan kepada kamu hanyalah kerana perintah Allah, kami tidak ingin balasan dan tidak pula terimakasih." AQ 76: 09
Jika seseorang mengadakan kenduri walimah al urs dengan ada niat mengumpul mengele, maka ini adalah kenduri yg bid'ah. Dan ia memang menjadi burden dan ada orang yg terpaksa berhutang kerana mengele ini.
[Sumber; Imam Albani, Adab azZifaf fi Sunnah alMutahharah, cet, Lubnan 1997; Dr Fatimah Ali, kajian kes perkahwinan di kelantan, Universiti Malaya, Jun 1989] WA