SJ-11-0046 : Insuran Kenderaan untuk pekerja

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0046 : Insuran Kenderaan untuk pekerja

Asalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas jawapan untuk kemusykilan saya terdahulu. Allah sahaja yg dapat membalas segala usaha baik pihak al-Ahkam.

Saya berkerja disebuah syarikat insurans konvensional. Saya adalah diantara pekerja yg mendapat keistimewaan iaitu insurans percuma untuk kenderaan. Tetapi pada tahun lepas, ia telah diubah kepada sedikit, iaitu ia dimasukkan kedalam pendapatan (diistiharkan sbg sebahagian pendapatan yg dikenakan cukai).

Bagaimana pandangan pihak al-Ahkam ttg hal ini? Terima kasih.

SJ-11-0046 : Insuran Kenderaan untuk pekerja

:wassalam

alJawab:

Ia termasuk dalam pakej gaji, elauns, imbuhan, bonus, insuran percuma, rawatan perubatan percuma, claims, pinjaman kenderaan tanpa riba (interest free car loan, jika ada). ia tidak perlu dipisah-pisahkan. Jika gaji anda adalah halal, maka halallah pula pemberian syarikat yang sama, kerana ia semua adalah pemberian syarikat kerana imbuhan kepada kerja yg anda sumbangkan kepada syarikat. sekian