Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (bahagian 9)

Penulis Asal: Dr. Ahmad Al-raisouni | Terjemahan: Musmai_87 | Artikel asal [LINK]

Telah disebut pada halaqah sebelum ini bahawa para sahabat r.a terutamanya khlulafa' rasyidin dahulunya , sentiasa menjadikan al-masalih al-mursalah sebagai kaedah mengeluarkan hukum dan menggunakannya dalam apa-apa perkara yang tidak ada nas menyentuh tentangnya.Maka para ahli usul menjadikan amalan para sahabat itu sebagai bukti yang paling kuat untuk menyatakan bahawa al-masalih al-mursalah adalah satu hujjah yang wajib untuk beramal  dan meraikannya ,walaupun ianya tidak disebutkan namanya secara khusus. Oleh itu , untuk menyabitkan bahawa ianya disyari'atkan memadai dengan ianya berada di bawah ruang lingkup objektif -objektif umum syariat , dan ianya merealisaikan objektif tersebut dan tidak memusnahkannya.

Di samping sepakat para sahabat bahawa al-masalih al-mursalah adalah hujjah dan mereka beramal denganya, ianya juga terkandung dan disokong oleh teks-teks syariah yang umum. Teks-teks ini lah yang menjadikan para sahabat sepakat untuk beramal dengan al-masalih al-mursalah . Ini adalah sebahagian dari teks-teks tersebut :

 

Firman Allah :

{فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ}

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!;Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!( surah al-zalzalah : 7-8  )

Sesungguhnya ayat ini mengandungi perintah dan galakkan untuk melakukan semua perbuatan yang " kheir " ( baik ) , dan larangan serta ancaman bagi semua perbuatan yang " shar " (jahat).Sebenarnya  semua maslahah yang hakiki ( tidak hanya sangkaan )  maka dia adalah "kheir" dan  Semua pekara yang " kheir "  sudah tentu ianya adalah maslahah. Berkata Al-imam 'izzu al-din bin abdi al-salam r.h :

"ويعبَّرُ عن المصالح والمفاسد بالخير والشر، والنفعِ والضر، والحسنات والسيئات؛ لأن المصالح كلها خيور نافعات حسنات، والمفاسد بأسرها شرور مضرات سيئات"

al-masalih dan al-mafasid juga diungkapkan dengan al-kheir ( kebaikkan ) dan al-syar ( kejahatan ) , al-naf' ( manfaat ) dan al-dhar ( mudarat ) , alhasanaat ( pahala ) dan al-sayyi'at ( dosa ) . ini kerana al-masalih semuanya adalah kebaikkan , bermanfaat dan pahala , begitu juga al-mafasid kesemuanya kejahatan kerosakkan dan dosa. ( Qawaidu al-ahkam fi masalihi al-anam 1/ 4 (

Kemudian, firman Allah :

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكمْ تُفْلِحُونَ} 

Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah  alkheir (  kebaikan ); supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). ( Al-haj : 77 )

Sesungguhnya Allah telah memerintahkan untuk melakukan kebaikkan secara mutlak. Kesemua maslahah mursalah ianya adalah al-kheir , dengan kata lain ianya dituntut dari segi syara' bedasarkan ayat ini.

Firman Allah lagi :

{....إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ}  

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan......... ( al-nahlu : 90 ).

Perintah ini merangkumi semua jenis keadilan dan semua jenis ihsan . Sudah sedia maklum bahawa semua keadilan ianya adalah maslahah dan semua ihsan ianya juga maslahah . Semua jalan yang membawa kepada keadilan dan semua wasilah yang mampu merealisasikan keadilan maka ianya adalah maslahah yang diperintahkan oleh syara'. Oleh sebab itu , Ibnu Al-qayyim berkata :

"فإن الله سبحانه أرسل رسله وأنزل كتبه ليقوم الناس بالقسط، وهو العدل الذي قامت به الأرض والسموات، فإذا ظهرت أمارات العدل وأسفر وجهه بأي طريق كان، فثم شرعُ اللهِ ودينُه  " .-

Sesungguhnya Allah mengutuskan para rasulnya dan menurunkan kitab-kitabnya  supaya manusia mendirikan keadilan , keadilan yang mana dengan nya itu terbinanya bumi dan langit .Oleh itu , setiap kali zahirnya tanda-tanda keadilan dan terpampang wajahnya dengan apa cara sekalipun , maka disitulah syari'at Allah dan disitulah agama Nya . ( Al-turuq al-hukmiyah 1/ 19 (

Di antara lafaz-lafaz yang digunakan di dalam Al-quran untuk mengungkapkan tentang kepelbagaian masalih , iaitu dengan ungkapan  'al-salihat' atau ' al-amal al-saleh " seperti firman Allah :

{........وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ}

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian ,Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, .......( al-asr : 1-3 )

dan juga firman Allah :

{....يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا}

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda Yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh .........( al-mu'minun : 51 )

dan juga firman Allah :


{مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُون}
.
Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.( al-nahlu : 97 (

Ayat-ayat seumpama ini memberi maksud bahawa semua perkara yang soleh dan semua amalan soleh ianya dituntut oleh syara' dan ianya sebahagian dari syara'

Oleh itu , secara umumnya al-masalih al-mursalah yang terkandung di dalamnya adalah :

1- Semua maslahah yang disyariatkan dan yang tidak dilarang , yang mana ianya diperlukan oleh manusia dan mereka memngambil manfaat darinya sama ada secara individu masyarakat atau pun bangsa , sama ada ianya dikenali sejak dahulu kala , atau ianya adalah pekara baru yang sebelum ini tidak pernah wujud , sepeti hasil-hasil industri yang pelbagai, jenis ,hasil-hasil tanaman  yang subur , penerokaan ilmu pengetahuan , penyelidikkan dan penulisan ilmiah, dan juga seperti  ,pengusahaan tanah dengan baik yang memberikan faedah.

2- Semua wasilah yang  menyebabkan  objektif syariat dan masalih manusia menjadi realiti  dan terpelihara , seperti sistem politik, sistem kehakiman , pengurusan dan keamanan , seperti juga mengasaskan parti-parti  dan persatuan -persatuan yang memberi manfaat, kesemua ini adalah maslahah mursalah yang dikehendaki dan dituntut oleh syara' , sama ada tuntutan itu berbentuk tuntutan yang wajib , atau sunat ,  ianya mengikut kepentingan dan kesannya . Kadangkala ianya menjadi kewajipan yang perlu dilakukan secara bersama , dan kadangkala ianya adalah kewajipan ke atas seorang individu tertentu.