SJ-03-0013 : cara kencing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0013 : cara kencing

assalamualaikum wrt wbt

setakat yang saya tahu, nabi mengajar kita adab2 dalam tandas. boleh tak ustaz2 kemukakan hadith2 sahih tentang perkara tersebut.

SJ-03-0013 : cara kencing

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba memaparkan beberapa hadith yang dikehendaki oleh sdr ska berkenaan dengan adab-adab didalam tandas dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Inilah adalah satu keunikan agama Islam yang memberi petunjuk kepada manusia dari perkara umum hinggalah kepada perkara khusus seperti adab-adab didalam tandas. Namum demikian terdapat juga perkara-perkara yang sengaja ditinggal oleh penciptanya kerana dia tahu bahawa manusia mempunyai cita-rasanya sendiri didalam membuat pilihanannya. Lihat sahaja pertanyaan seorang musyrikin kepada sahabat Nabi saw, Salman Al-Farsi :

ÞóÏú Úóáøóãóßõãú äóÈöíøõßõãú Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ßõáøó ÔóíúÁò ÍóÊøóì ÇáúÎöÑóÇÁÉó ÝóÞóÇáó ÓóáúãóÇäõ ÃóÌóáú äóåóÇäóÇ Ãóäú äóÓúÊóÞúÈöáó ÇáúÞöÈúáóÉó ÈöÛóÇÆöØò Ãóæú Èóæúáò ..
"Nabi kamu mengajar kamu segala-galanya?, sampai bagaimana cara membuang hajat", maka Salmaan berkata "Benar, dia melarang kami mengadap kiblat semasa membuang air kecil......."-[Hadith riwayat al-Tirmudzi #16, hadithi hasan sahih].

Disini kami paparkan beberapa amalan-amalan sunnah semasa melaksanakan qada' hajat.

1. Membaca do'a / zikir semasa memasuki tandas. Dari Ali bin Abi Taalib ra., bahawa Rasulullah saw bersabda :

ÓÊÑ ãÇ Èíä ÃÚíä ÇáÌä æÚæÑÇÊ Èäí ÂÏã ÅÐÇ ÏÎá ÃÍÏåã ÇáÎáÇÁ Ãä íÞæá : ÈÓã Çááå
"Satu penghalang/sitar akan diletakkan diantara mata jin dan aurat anak-anak Adam apabila dia masuk tandas jika ia berkata "Bismillah" - [Hadith dikelaskan sebagai Sahih oleh Al-Albani didalam Sahih al-Tirmudzi, #496].

Sabda Nabi saw lagi :

Åä åÐå ÇáÍÔæÔ ãÍÊÖÑÉ ¡ ÝÅÐÇ ÃÊì ÃÍÏßã ÇáÎáÇÁ ÝáíÞá : Çááåã Åäí ÃÚæÐ Èß ãä ÇáÎÈË æÇáÎÈÇÆË
"Tandas ini di ziarahi Jin, maka jika salah sorang dari kamu memasuki tandas, maka berkatalah "Allaahumma inni 'auzubika min al-khubthi wa al-khabaa'ith / Ya Allah aku berlindung dengan engkau dari kejahatan syaitan jantan dan betina" - [Riwayat Abu Daud #6, Ibn Maajah #296, dikelaskan sebagai Sahih oleh Al-Albani didalam Sahih ibn Maajah #241].

Bagi sesiapa yang keluar dari tandas disunatkan memohon keampunan Allah swt lalu membaca :

ÛÝÑÇäß
"Ghurfraanak / Aku memohon keampunan engkau"

2. Semasa membuang air hendaklah ia tidak mengadap Kiblat, sebagaimana sabda Nabi saw :-

ÅöÐóÇ ÌóáóÓó ÃóÍóÏõßõãú Úóáóì ÍóÇÌóÊöåö ÝóáÇ íóÓúÊóÞúÈöáú ÇáúÞöÈúáóÉó æóáÇ íóÓúÊóÏúÈöÑúåóÇ .
"Apabila seseorang dikalangan kamu yang duduk melakukan hajat maka tidaklah ia mengadap kiblat atau membelakangkannya" - [Hadith riwayat Muslim #389].

3. Hendaklah seseorang yang sedang membuang air kecil tidak memegang zakarnya dengan tangan kanan, kerana Nabi saw bersabda :

ÅöÐóÇ ÈóÇáó ÃóÍóÏõßõãú ÝóáÇ íóÃúÎõÐóäøó ÐóßóÑóåõ Èöíóãöíäöåö æóáÇ íóÓúÊóäúÌöí Èöíóãöíäöåö æóáÇ íóÊóäóÝøóÓú Ýöí ÇáÅöäóÇÁö
"Apabila seseorang dari kamu membuang air kecil dia tidak boleh memegang zakarnya dengan tangan kanan atau membersihkannya dengan tangan kanan, dan tidak menarik nafas didalam air" - [Hadith rwiayat al-Bukhaari #150]

4. Tidak menggunakan tangan kanan bagi membuang najis, sebagaimana hadith diatas dan juga sabda Nabi saw :-

ÅöÐóÇ ÊóãóÓøóÍó ÃóÍóÏõßõãú ÝóáÇ íóÊóãóÓøóÍú Èöíóãöíäöåö
"Apabila seseorang dari kami menbersihkan dirinya maka hendaklah ia tidak menggunakan tangan kanan" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #5199]

5. Seseorang yang sedang membuang air hendaklah tidak mendedahkan auratnya sehingga ia mencangkung berhampiran dengan bumi. sebagaimana riwayat Anas ra. :-

ßóÇäó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÅöÐóÇ ÃóÑóÇÏó ÇáúÍóÇÌóÉó áóãú íóÑúÝóÚú ËóæúÈóåõ ÍóÊøóì íóÏúäõæó ãöäú ÇáÃóÑúÖö
"Apabila Nabi saw ingin melakukan hajat, baginda tidak menyingkap pakaiannya sehingga baginda mencangkung hampir-hampir dengan bumi" - [hadith riwayat al-Tirmudzi #14]

6. Sunnah bagi seseorang yang membuang air duduk, agar ia berdekatan dengan bumi dan ia lebih tertutup, dan kemungkinan air kencing tidak bersepah-sepah mengenai badan atau pakaiannya. Akan tetapi jika dirasakan air kencing tadi tidak bersepah-sepah mengenai badan atau bajunya, maka adalah dibenarkan berdiri. Kebersihan dari najis kencing ini amat penting sebagaimana sabda Nabi saw :-

ÃóßúËóÑõ ÚóÐóÇÈö ÇáúÞóÈúÑö ãöäú ÇáúÈóæúáö
"Kebanyakkan azab kubur adalah disebabkan kencing" - [hadith riwayat ibn Maajah #342]

7. Seseorang yang sedang membuang air (hajat) tidak boleh menjawab atau memberi salam, sebagaimana hadith riwayat Jaabir ibn Abdullah yang meriwayatkan bahawa ada seorang yang melalui Nabi saw sedangkan baginda sedang membuang air kecil lalu memberi salam kepada baginda. Baginda saw bersabda :-

ÅöÐóÇ ÑóÃóíúÊóäöí Úóáóì ãöËúáö åóÐöåö ÇáúÍóÇáóÉö ÝóáóÇ ÊõÓóáøöãú Úóáóíøó ÝóÅöäøóßó Åöäú ÝóÚóáúÊó Ðóáößó áóãú ÃóÑõÏøó Úóáóíúßó
"Jika kamu melihat aku didalam keadaan begini, janganlah memberi salam kepada ku, kerana jika kamu melakukannya, aku tidak akan menjawab salam kamu" - [hadith riwayat Ibn Maajah #346]
--------------------

Sekian beberapa hadith yang dapat dipetik dari artikel Shiekh Muhammad Salih Al-Munajjid, seorang ulama' dari Arab Saudi. WA.

wassalam
=============
Rujukan : Shiekh Muhammad Salih Al-Munajjid. ÂÏÇÈ ÞÖÇÁ ÇáÍÇÌÉ ÚäÏ ÇáãÓáãíä.

خيرالأمين