SJ-08-0016 : Berkaitan fidyah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0016 : Berkaitan fidyah

Assalamua'laikum...

Ayah saya baru sahaja meninggal dunia 11 Ramadhan yg lepas. Ayah saya tidak berpuasa kerana uzur pada tahun ini. Ibu saya ada memberitahu kepada saya bahawa pada tahun lepas ayah saya tidak dapat berpuasa penuh kerana keuzurannya.
Apa yg perlu saya lakukan? Qadha puasa 11 hari utk tahun ini? Qadha 11 hari + fidyah sebanyak 11 cupak beras utk tahun ini? Bagi tahun lepas, kerana kurang pasti tarikh yg sebenar, saya cukupkan 30 hari; adakah saya perlu qadha atau qadha + fidyah? adakah fidyah utk thn lepas (jika diwajibkan) perlu diganda sekali 30 x 2 = 60 cupak..

Mohon penjelasan ahli panel..
p/s: saya try search, tapi still konfius... sorii..

Re: SJ-08-0016 : Berkaitan fidyah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Takziah diucapkan kepada sdr azfnd atas pemergian bapanya, moga2 Allah swt merahmati dan mengampuni beliau, Amin. Kami akan cuba menjawab soalan sdr azfnd dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bagi mereka yang uzur yang tidak mungkin akan sembuh, tidak perlu melakukan qada' puasa baginya (walaupun pewarisnya/walinya), cukup sekadar memberi makan orang miskin pada hari-hari yang ditinggalkan. Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra mengenai firman Allah swt :-

( æóÚóáóì ÇáøóÐöíäó íõØöíÞõæäóåõ ÝöÏúíóÉñ ØóÚóÇãõ ãöÓúßöíäò ) ÞóÇáó : ßóÇäóÊú ÑõÎúÕóÉð áöáÔøóíúÎö ÇáúßóÈöíÑö æóÇáúãóÑúÃóÉö ÇáúßóÈöíÑóÉö æóåõãóÇ íõØöíÞóÇäö ÇáÕøöíóÇãó Ãóäú íõÝúØöÑóÇ æóíõØúÚöãóÇ ãóßóÇäó ßõáøö íóæúãò ãöÓúßöíäðÇ .
"(dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa [kerana tua dan sebagainya] membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.) Ini merupakan ruhsah (keringanan) diberikan kepada orang tua lelaki dan perempuan yang boleh berpuasa tetapi terlalu sukar melakukannya, dia dibenarkan tidak berpuasa dan memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari (yg ditinggalkan)" [Riyawat Abu Daud #2318, al-Nawawi mengatakan bahawa isnaadnya hasan].

Mazhab Syafie mengatakan bahawa ulama' tidak berselisih pendapat mengenai pandangan yang membenar seseorang itu tidak berpuasa dan hanya perlu membayar fidyah bagi mereka yang boleh berpuasa tetapi sukar melakukannya, dan mereka yang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.

Jawatan Kuasa tetap fatwa Arab Saudi pernah ditanya mengenai seorang wanita tua yang tida berupaya berpuasa didalam bulan Ramadhan. Wanita tersebut berkeadaan terlalu tua dan sakit selama 3 tahun. Apa yang perlu dilakukan? Jawabnya :

ÅÐÇ ßÇä ÇáæÇÞÚ ßãÇ ÐßÑÊ æÌÈ ÚáíåÇ Ãä ÊØÚã Úä ßá íæã ÃÝØÑÊå ãä ÑãÖÇä Ýí ÇáÓäæÇÊ ÇáËáÇË ãÓßíäÇ ¡ ÊØÚãå äÕÝ ÕÇÚ ãä ÈÑ Ãæ ÊãÑ Ãæ ÃÑÒ Ãæ ÐÑÉ Ãæ äÍæ Ðáß ããÇ ÊØÚãæä Ãåáíßã
"Jika begitu situasi yang dijelaskan, wanita tersebut wajib memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari yang dia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan pada masa 3 tahun tersebut, dengan memberi 1/2 saa' gandum, kurma, beras, jagung atau apa sahaka makanan ruji (asasi) yang anda memberi makan kepada keluarga." - [al-Lajnah al-Daa'imah 10/161].

Berbalik kepada situasi sdr azfnd, (dengan andaian) jika berpanjangan keuzuran bapa anda, iaitu dari tahun lepas sehinggalah ke Ramadhan tahun ini, maka anda hanyalah perlu membayar fidyah pada hari2 yang ditinggalkan; iaitu 1/2 saa' beras, lebih kurang 1 1/2 kg. Ini bermakna, fidyah adalah sebanyak 11 hari tahun ini campur 30 hari tahun lepas, lebih kurang (41 * 1.5) 61.5 kg. Tidak nas yang menunjukkan fidyah bahawa orang yang meninggalkan puasa itu di gandakan fidyahnya tahun demi tahun. WA.

wassalam
========
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li'l-Buhooth al-'Ilmiyyah wa al-Ifta' - 10. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000

خيرالأمين