Assalamualaikum,
1. Sukacita jika dapat dijelaskan kategori solat seperti di atas.
2. Dan sejauh pengetahuan saya solat yg. tidak diwajibkan berdiri hanya solat sunnah selain solat nafilah sahaja.
JKK.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalamualaikum,
1. Sukacita jika dapat dijelaskan kategori solat seperti di atas.
2. Dan sejauh pengetahuan saya solat yg. tidak diwajibkan berdiri hanya solat sunnah selain solat nafilah sahaja.
JKK.
JWB:
1. Solat Sunat ini juga dikenali dgn nama Solat Nawafil atau Solat Tatawwu'. Solat Sunat/Nawafil/Tatawwu' ini dibahagi kepada Muqayyad dan Mutlak. Solat Sunat Muqayyad ialah solat sunat yg terikat dengan waktu, kaifiat tertentu dan jumlah raka'at yg tertentu. Muqayyad ini dibahagi lagi dalam dua kategori: Mu'akkad dan Bukan Mu'akkad. Solat Sunat Mutlak tidak terikat dgn syarat waktu, kaifiat dan jumlah raka'at. Lihat mana-mana kitab Fiqh bab Solat untuk pendetailan.
2. Hanya solat fardhu yg wajib dilakukan secara berdiri tegak, manakala semua solat nawafil/sunat boleh dikerjakan sambil duduk walaupun ia berkuasa melakukannya sambil berdiri. Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Aisyah ra," apabila usia RasuluLlah saw semakin lanjut, kebanyakan solat (sunatnya) dikerjakan sambil duduk."
Tapi solat sambil berdiri lebih afdhal. Dalil: HR Bukhari dari Imran bin Hussain ra," Jika seseorang solat sambil berdiri, maka itulah yg lebih utama."
WaLlahu a'alam