Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara 2 khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." - Riwayat Muslim & Abu Dawud
------------------------------------------------------------------
soheh ke?
Sumber Rujukan Islam Anda..
Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara 2 khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." - Riwayat Muslim & Abu Dawud
------------------------------------------------------------------
soheh ke?
alJawab:
Hadith Muslim ini diriwayatkan oleh Abu Burdah bin Abu Musa alAs'ari ra, Qadhi besar Kufah (#853).
Hadith ni dinilai dha'if oleh al-Albani (tahqiq Bulugh alMaram), dinilai sahih Mawquf oleh Daruqutni, dinilai sahih oleh alNawawi (syarah sahih Muslim/ IV/140), alSyuyuthi dan samahah Syaikh Baz, syarah Bulugh alMaram. Hadith ini tidak diamalkan oleh salaf kata Ibn Qayyim (alZaad 1/394) kerana salaf beramal dengan hadith Jabir bahawa waktu mustajab ialah selepas Asr.
Imam Ibn Hajar berkata cara mengamalkan hadith Abu Burdah dan hadith Jabir ialah waktu mustajab berdoa pd hari Juma'at ialah menjadi misteri atau samar2. Maka ia menuntut kita mengisi setiap waktu pada hari Juma'at utk bertemu dgn waktu mustajab tsb (alFath 2'417). sama spt kita mengintai bilakah malam laylatul Qadar. sekian