SJ-01-0064 : Garis panduan Islam terhadap amalan khurafat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0064 : Garis panduan Islam terhadap amalan khurafat

ÇáÓáÇã Úáíßã

Didoakan semua ahli panel berada di dalam keadaan sejahtera

1.Apakah garis panduan Islam dalam menetapkan sesuatu perbuatan itu sebagai khurafat. Sebagai contoh : Jika satusatu perbuatan itu mungkin ada persamaan dengan amalan sihir...adakah boleh kita katakan perbuatan itu khurafat.... Ch ; amalan mengasap keris dengan kemenyan dan kemudiaanya dibalut dengan kain kuning,yang kebetulan sengaja dilakukan pada malam Jumaat atau Selasa.

Jzkmllh, Wassalam

SJ-01-0064 : Garis panduan Islam terhadap amalan khurafat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr cikgu73 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Secara mudah, amalan-amalan khurafat merupakan amalan-amalan yang bukan datang dari Islam; wujud juga unsur anisme dan unsur agama-agama lain seperti Hindu dsb. Terdapat juga usaha-usaha memasukkan unsur-unsur Islam didalam perkara khurafat ini agar tampak keislamannya. Perkara khurafat ini sifatnya adalah pembohongan semata-mata dan merugikan wang ringgit, malahan mengorbankan aqidah, lalu membawa kepada syirik! Diantara kriteria-kriteria tersebut adalah :-

a. Perkara yang di lakukan ternyata menyanggahi hukum syara'
- eg : Mempercayai bahawa mandi safar dapat menolak bala'. Bala' seolah-olah dikaitkan dengan binatang-binatang dan alam. Apakah perkara2 ini boleh mendatangkan bala'. Firman Allah swt :-

ÝóÅöÐóÇ ÌóÇÁóÊúåõãõ ÇáúÍóÓóäóÉõ ÞóÇáõæÇ áóäóÇ åóÐöåö æóÅöäú ÊõÕöÈúåõãú ÓóíøöÆóÉñ íóØøóíøóÑõæÇ ÈöãõæÓóì æóãóäú ãóÚóåõ ÃóáóÇ ÅöäøóãóÇ ØóÇÆöÑõåõãú ÚöäúÏó Çááøóåö æóáóßöäøó ÃóßúËóÑóåõãú áóÇ íóÚúáóãõæäó
align="left" dir="ltr">"Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: Ini ialah hasil usaha kami dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. " [al-'Araaf : 131]

contoh lagi :Bomoh-bomoh yang mengakui dimasuki roh wali, ternyata bercanggah dengan hukum syara', Roh dialam barzah tidak boleh kembali ke bumi.

b. Mempercayai akan kekuasaan lain selain dari Allah
- eg: Mempercayai bahawa sesuatu keris itu mempunyai kuasanya sendiri. Maka keris tersebut hendaklah dipelihara.Ini menunjukkan selain dari Allah, ada perkara lain yang boleh memberi kesan kepada manusia. Ini boleh membawa kepada syirik. Firman Allah swt :

æóÇáøóÐöíäó ÇÊøóÎóÐõæÇ ãöäú Ïõæäöåö ÃóæúáöíóÇÁó ãóÇ äóÚúÈõÏõåõãú ÅöáøóÇ áöíõÞóÑøöÈõæäóÇ Åöáóì Çááøóåö ÒõáúÝóì Åöäøó Çááøóåó íóÍúßõãõ Èóíúäóåõãú Ýöí ãóÇ åõãú Ýöíåö íóÎúÊóáöÝõæäó
align="left" dir="ltr">"dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya"[al-Zumar :3]

Contoh lain seperti mentera-mentera bomoh yang memohon kekuatakan dari walik-wali atau kuasa ghaib tertentu. Sebutan2 mentera/jampi menyebabkan seseorang itu syirik.

c. Perkara yg tidak ada kena mengena dengan agama yang dimasukkan didalam agama.
- eg: bersanding yang wujudnya penerapan2 unsur2 agama. Terdapatnya selawat dan upacara do'a. Begitu juga dengan ritual tepung tawar yang diadakan sempena membuka kedai, bersanding, masuk ke rumah baru dan sebagainya. Ini menyamakan ritual buatan manusia dengan apa yang Allah berikan kepada manusia. Firman Allah swt :

ÊóÇááøóåö Åöäú ßõäøóÇ áóÝöí ÖóáóÇáò ãõÈöíäò. ÅöÐú äõÓóæøöíßõãú ÈöÑóÈøö ÇáúÚóÇáóãöíäó .
align="left" dir="ltr">" Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam. Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. "[al-Syuu'ara' : 97-98].

d. Perkara-perkara yang dilakukan berlawanan hukum alam.
-eg : Jika meminyakkan keris kerana tidak mahu keris tersebut berkarat; ini sesuai dengan hukum alam. Bagaimana pula hukum sains dan alam berkenaan dengan mengasap keris. Apakah logiknya atau pembuktian saintifiknya? Jika wujud faktor sains dan sunnah alam, maka amalan tersebut tidak ditolak. Misalnya; jika terdapat bukti bahawa asap kemenyan dapat menguatkan besi keris secara saintifik.

Merujuk kepada contoh yang saudara bawa diatas, beberapa persoalan yang dapat ditimbulkan :-

- Kenapa perlu diasap keris tersebut dengan kemenyan? Apa rasionalnya? Kenapa keris tersebut perlu dibalut dengan kain kuning? Kenapa tidak menggunakan warna lain? Dari manakah datang ritual diatas?

Moga-moga garis panduan diatas dapat membantu menjawab persoalan ritual mengasap keris yang saudara keutarakan. WA.

wassalam

خيرالأمين