01. Nota Sahih Muslim: Perubatan: Hukum Menjampi

Ruqyah

Sahih Muslim Perubatan: Apakah Hukum Menjampi

Catatan: zain-ys (Berdasarkan Kuliah Syarah Sahih Muslim 10/03/10 Maulana Muhd Asri Yusoff)


 Hadis:

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَأَنَّهَا قَالَتْ كَانَ إِذَا اشْتَكَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَاهُ جِبْرِيلُ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ يُبْرِيكَ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ

Dari Aisyah istri Nabi s.a.w. dia berkata; "Bila Rasulullah s.a.w.  sakit, Jibril datang meruqyahnya. Jibril mengucapkan;

بِاسْمِ اللَّهِ يُبْرِيكَ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ

 (Dengan nama Allah yang menciptakanmu. Dia-lah Allah yang menyembuhkanmu dari segala macam penyakit dan dari kejahatan pendengki ketika ia mendengki serta segala macam kejahatan sorotan mata jahat semua makhluk yang memandang dengan kedengkian).

Hadis:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍأَنَّ جِبْرِيلَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ اشْتَكَيْتَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Dari Abu Sa'id bahwa Jibril mendatangi Nabi s.a.w. kemudian berkata; "Hai Muhammad, apakah kamu sakit? Rasulullah s.a.w.  menjawab: 'Ya. Aku sakit. Lalu Jibril meruqyah beliau dengan mengucapkan;

بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

(Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitimu dan dari kejahatan segala makhluk atau kejahatan mata yang dengki. Allah lah yang menyembuhkanmu. Dengan nama Allah aku meruqyahmu.')

 


 

Syarah Hadis [Minit 00:35:40 ]

Petikan Syarah Sahih Muslim al-Imam al-Nawawi;

(1) Bolehkah ruqyah/menjampi?

1. Terdapat bentuk hadis tentang ruqyah (jampi):

  • Hadis yang membenarkan jampi
  • Hadis yang mengatakan bahawa mereka yang akan masuk syurga tanpa hisab adalah kerana tidak menjampi dan tidak minta dijampi. Mereka ini bergantung sepenuhnya kepada Allah Taala.

2. Masalah: Apakah hadis-hadis di atas bertentangan satu sama lain?

Jawapan: Ia tidak bertentangan. Ia adalah bentuk pujian terhadap mereka yang meninggalkan jampian yang mengandungi perkataan kufur atau jampian yang tidak diketahui atau yang tidak berbahasa Arab serta tidak diketahui maknanya atau yang hampir kepada kekufuran atau yang dibenci agama.

3. Pendapat ulama mengenai ruqyah/jampian:

Pendapat pertama: Tiada halangan, malah disunnahkan ruqyah/Jampian dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang diketahui.

Pendapat kedua: Ada juga ulama yang menggabungkan antara hadis-hadis ini:

  • Menjelaskan tentang tawakkul/tawakal
  • Ruqyah adalah harus dan dibenarkan
  • Meninggalkannya adalah lebih utama.

4. Al-Imam al-Nawawi mengatakan pendapat terpilih adalah pendapat pertama, iatu ruqyah dengan ayat-ayat al-Quran dan zikirullah adalah disunnahkan.

5. Keharusan ruqyah dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir adalah dengan ijmak

6. Kata al-Maziri:

  • Semua ruqyah dengan kitab Allah dan zikirullah adalah harus.
  • Ruqyah dilarang apabila menggunakan bahasa ajam (selain Arab) atau dengan bahasa yang tidak dfahami maknanya kerana ada kemungkinan di dalamnya mengandungi kekufuran.

 

(2):  Hukum ruqyah/jampian Ahli Kitab [Minit 00:42:00]

1.Dibenarkan atau tidak?

  • Saidina Abu Bakar asl-Siddiq r.a. membenarkannya
  • Imam Malik mengatakan makruh kerana bimbang jampian itu termasuk apa yang mereka telah ubah (kitab Injil dan Taurat telah diubah oleh mereka).

2. Mereka yang mengharuskannya menjawab, ayat-ayat lain memang mereka telah ubah, namun ayat-ayat jampian mereka tidak akan ubah kerana ia akan menghilangkan tujuan ruqyah (jampian tidak akan mujarab jika diubah).

 

(3): Beberapa Masalah boleh atau tidak menjampi? [Minit 00:43:00]

Masalah 1: Imam Muslim mengemukakan Hadis ini yang mengizinkan menjampi selama tiada unsur-unsur syirik di dalamnya:

"Kemukakan jampian kamu, tidak mengapa menjampi selagi ia tidak mengandungi kesyirikan."

Di tempat lain Nabi s.a.w. bersabda melarang menjampi:

"Wahai Rasulullah sesungguhnya engkau telah melarang dari menjampi."

Persoalan: Bukankah ia seperti bertentangan. Hadis pertama membenarkan menjampi dan hadis kedua telah melarang menjampi. 

Jawab:

  • Memang pada mulanya menjampi itu dilarang, kemudian ia dimansuhkan dan dizinkan di mana Nabi s.a.w. sendiri ada melakukannya.
  • Larangan yang dimaksudkan dari hadis di atas adalah jampian yang tidak diketahui maknanya.
  • Larangan dalam hadis berkenaan adalah untuk mereka yang beri'tikad bahawa kesan dan kemujaraban yang berlaku adalah disebabkan oleh tabiat jampian itu (bukan dengan kekuasaan Allah)  sebagaimana i'tikad orang-orang jahiliah dalam banyak perkara.

 

Masalah 2: Terdapat di dalam sebuah Hadis: "Tiada ruqyah/jampian melainkan untuk 'ain (gangguan makhluk halus) dan sengatan binatang berbisa sahaja."

Jawab: Maksud hadis ini bukanlah untuk menghadkan jampian hanya dibenarkan untuk dua perkara berkenaan sahaja, sedangkan selain itu adalah dilarang. Ia bermaksud tiada ruqyah/jampian yang lebih perlu diutamakan melainkan untuk 'ain (gangguan makhluk halus) dan sengatan binatang berbisa kerana ia cukup bahaya.

 


 

Petikan kitab Takmilah Fathul Mulhim; Juz 4, hal. 254 – 256

(1) Kedudukan ilmu perubatan di mata masyarakat [Minit 00:53:10]

  1. Sejak dari dahulu lagi ilmu perubatan merupakan ilmu yang sangat dihormati. Tabib/Doktor/pengamal perubatan mempunyai kedudukan yang tinggi di mata masyarakat hata oleh masyarakat jahiliah.
  2. Masyarakat jahiliah kurang mempelajari perubatan secara ilmiah dan sistematik. Kebanyakan mereka cenderung pergi kepada tukang tenung dan ahli sihir.
  3. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya dari pergi kepada tukang tenung.
  4. Dari sudut lain pula Rasulullah s.a.w. memerintahkan Saad bin Abi Waqas r.a. yang sakit agar pergi berubat dengan tabib Arab iaitu al-Harits bin Kaladah
  5. Menurut Ibnu Abi Hatim al-Harits bin Kaladah adalah seorang yang bukan Islam.
  6. Ini menunjukan harus meminta pertolongan dengan kafir zhimmi untuk berubat.
  7. Bila Nabi s.a.w. minta sahabatnya yang sakit pergi berubat dengan orang lain yang bukan Islam, ini menunjukkan:
  • Boleh berubat dengan bukan Islam
  • Mengubat orang bukanlah kerja utama Nabi s.a.w.
  • Baginda s.a.w. ada sekali-sekala mengubat atau menjampi orang. Ini untuk menunjukkan mukjizatnya atau menunjukkan ia adalah wahyu yang menjadi rahmat kepada manusia.

 

(2) Bentuk perubatan Nabi [Minit 00:58:54]

1. Menurut Ibnul Qayyim di dalam Zaadul Maad bahawa perubatan Nabi s.a.w. ada tiga jenis:

Pertama: Ubat-ubatan Tabi'iah (Ubat-ubatan biasa)

Kedua: Perubatan Illahiyah (Ruqyah/jampi/doa-doa)

Ketiga: Gabungan kedua-duanya

 

(3) Kedudukan Tibb Nabawi/Perubatan Nabawi Di dalam Syariat [Minit 01:00:00]

1. Ada ulama yang berpendapat bahawa perubatan Nabi s.a.w.  bukan satu juzuk dari syariat Islam, iaitu yang diperintahkan agar ia di-imani dan diamalkannya.

2. Antara ulama yang berpendapat demikian ialah Ibnu Khaldun di dalam Muqadimahnya, antara pendapatnya ialah:

  • Perubatan yang dinukilkan dari Nabi s.a.w. dari sudut ini (perubatan yang berkaitan dengan perkembangan atau pengalaman semasa dan setempat) tiada kena mengena dengan wahyu, ia adalah kebiasaan yang digunakan oleh orang-orang arab.
  • Di sana terdapat tindak-tanduk Nabi s.a.w. yang dilakukan atas dasar ia adalah adat kebiasaan manusia (ia dilakukan sebab sifat manusiawinya) bukan atas dasar ia disyariatkan untuk diamalkan.
  • Tujuan Nabi s.a.w. diutus adalah untuk mengajarkan kita syariat bukan untuk mengajar perubatan atau perkara adat duniawi.
  • Contoh: Kisah Nabi s.a.w. mengahwinkan pokok kurma dan tidak menjadi, lalu Baginda s.a.w. bersabda: Engkau lebih mengetahui tentang urusan duniamu.

3. Ibnu Khaldun berpendapat bahawa perubatan Nabi s.a.w. tiada kena mengena dengan wahyu. Ia semata-mata berdasarkan adat kebiasaan dan pengalaman lingkungan masyarakat Arab.

 

(4) Bantahan Maulana Muhamad Taqi al-Utsmani terhadap pandangan Ibnu Khaldun [Minit 01:02:52]

1. Memang benar Nabi s.a.w. ada menggunakan ubat-ubatan yang biasa digunakan oleh kalangan orang-orang Arab.

2. Namun, bagaimana pula dengan penggunaan bahan-bahan yang tidak biasa digunakan oleh orang-orang Arab, samada ia berbentuk ubatan biasa atau dalam bentuk ruqyah/jampi?

3. Bahkan ada beberapa ubat telah dinyatakan oleh Nabi s.a.w. secara yakin yang sudah tentu ia dari wahyu. Ada perkara yang telah disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang tidak pernah lagi disebutkan oleh mana-mana doktor.

 

Kategori Berita: