SJ-05-0150 : Rapatkan saf dalam solat berjemaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0150 : Rapatkan saf dalam solat berjemaah

Assalamualaikum...

Semalam saya bersolat zohor berjemaah di sebuah surau luar kawasan. Saya berada di saf depan sebelah kanan hampir ke hujung saf. Ketika merapatkan saf, saya merapatkan saf ke sebelah kiri kerana imam berada dihadapan sebelah kiri saya. Oleh kerana ada ruang antara saya dan makmum sebelah kanan saya, maka saya menarik tangan beliau secara halus. Tapi saya di balas dengan ungkap "rapat ke sebelah kanan".
Saya tidak bersetuju dengan makmum ini kerana ada 30 orang lebih makmum di kiri saya dan hanya 2 orang di kanan saya. Jika saya rapat ke kanan maka 30 orang yang lain pun akan terpaksa melangkah ke kanan jugak.
Apa pandangan ustaz?
Saya ingin mengetahui ruang manakah yang patut kita penuhkan dahulu? Sebelah kanan atau kiri dan kanan yang berhampiran dengan imam?
Terima kasih dan wassalam

SJ-05-0150 : Rapatkan saf dalam solat berjemaah

:wassalam

ÇáÌæÇÈ
Jawapan:

Saya akan menggunakan ilustrator:

Imam

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX.....XXX >>saf makmum
kanan

X bold adalam anda.
Saf yang perlu diisi ialah kesebelah kanan. Dalilnyaialah hadith Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda," Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya selalu mendo'akan saf-saf sebelah kanan." [HR Abu Daud dan Ibn Majah, hadith kualiti Hasan oleh al-Albani, Sahih Sunan Abu Daud, 1/199]
Namun utk merapikan saf supaya menutup ruang, makmum dihujung saf hendaklah bergerak ke kiri. Pendapat anda adalah benar kerana meminimakan pergerakan makmum. Begitulah akan sentiasa ujud khilaf dalam mentafsirkan apa yang afdhal. sekian