SJ-08-0031 : BOLEHKAH BERPOSE PADA HARI SYAK????

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0031 : BOLEHKAH BERPOSE PADA HARI SYAK????

ana ade baca kitab Dr.tariq al-suwaidan mengenai pose.
berkaitan dgn kitab ni, hanya mazhab syafie yg mengharamkan pose syak.
so seorang sahabat ana kate mmg haram berpose pada hari syak berdasar ade satu hadis dlm kitab riadussolihin,ade hadis melarang mendahulukan puasa ramdhan dgn puasa yg lain.
so soalan,

1]kalau ade manusia berpose pada hari jumaat dan sabtu yg baru lalu iaitu sblm hari ahad ni[iaitu mulanya 1 ramadan].apakah hukumnya.

2]menurut kitab dr.tariq bhw jumhur membolehkan pose pd hari tu kalau posenya mmg bertembung dgn hari yg biasa dia berpose.so boleh ke ikut pendapat jumhur fuqaha' yg di quote oleh dr.tariq.ape pendapat panel2 al-ahkam yg lain.

SJ-08-0031 : BOLEHKAH BERPOSE PADA HARI SYAK????

ÇáÌæÇÈ

Koreksi:

Madzhab Syafi'iy tidak mengharamkan puasa pada hari syak sebagaimana dakwaan Dr Tariq Sweidan. Imam Nawawi (alMajmoo', 6/400) menjelaskan boleh.

1. Hadith dalam Riadhus Saalihin adalah hadith Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah " Janganlah seorang darimu mendahului puasa Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya kecuali bagi orang yang biasa berpuasa , maka tidak mengapa dia berpuasa pada hari itu."

Maka jika seseorang biasa berpuasa senin dan khamis, maka Juma'at dan Sabtu sebelum 1 Ramadhan itu dia tidak boleh berpuasa. Jika dia biasa berpuasa Nabi Daud (puasa selang seli), maka bolehlah. Katakan dia puasa pada hari Khamis, maka puasa Nabi Daud AS jatuh seterusnya pada hari Sabtu, maka hari Sabtu dibolehkan puasa.

2. Memang jumhur membolehkan berpuasa pada hari syak berpandukan hadith Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah itu. Bagi orang yg tidak biasa berpuasa sunat yang konsisten, maka diharamkan berpuasa atasnya pada hari Juma'at dan Sabtu sebelum Ramadhan 2006.

Komentar akan hal ini Syaikh Muhammad Saleh alUthaimiin (syarh Riadhus Salihiin, 3/394) berkata pendapat yang tepat ialah diharamkan puasa pada hari syak. sekian