SJ-07-0045 : masih keliru : duduk atas kubur

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0045 : masih keliru : duduk atas kubur

Assalamualaikum,
mintak maaf banyak2 pada ahli panel kita sbb menyusahkan anda...
saya masih keliru mengenai duduk di atas kubur ni..
adakah kita tidak boleh duduk di atas kubur secara mutlak??
sebab ustaz dari utara ni menolak secara total duduk di atas kubur tak kira duduk dari segi apa pun,dan ustaz ini mencabar supaya keluarkan dalil yg bercanggah dengan apa yg dia keluarkan.

manakala Ustaz dari pantai timur ni mengatakan boleh duduk di atas kubur tapi masih tertakluk dengan duduk tujuan apa?sebab ada dalil yg mengatakan ibnu umar selalu duduk di atas kubur.
link kuliahnya boleh didapati disini :
http://video.google.com/videoplay?docid=2950068981993324262&q=%22al-ahkam.net%22

disini saya sertakan dalil yg membolehkan duduk diatas kubur:

hadis 1543: Al bara Ibn 'Azib ra. menerangkan : " kami pergi beserta Rasulullah saw bersama jenazah seorang lelaki ansar, maka sampailah kami ke kubur. sedang kubur ini belum di buat lahatnya. kemudian duduklah Rasulallah saw dengan menghadap ke kiblat dan kami pun duduk besertanya". (HR. Abu Daud; Al-Muntaqa II : 104)
Abu daud dan al-Mundziri tidak membahas hadis ini dan seluruh perawinya thiqah.

memang tidak dinafikan ada dalil melarang duduk di atas kubur,tetapi
larangan duduk yang macam mana???

sekian terima kasih

SJ-07-0045 : masih keliru : duduk atas kubur

:wassalam

al-Jawab:

Anda keliru kerana ingin mencari pendapat yang paling rajih dalam permasalahan yang diperselisihkan, yakni seputar duduk di kuburan. Dalam permasalahan khilafiah, kita tidak dapat menemukan pihak-pihak yang berselisih sebab kita disatukan di atas Fiqh Ikhtilaf (yakni Islam membenarkan perselisihan dalam perkara-perkara begini), antaranya bila terdapat nas-nasnya yang saling berlawanan.

Imam alMuhaddith al-Albani membuat rumusan yang paling adil dalam kitabnya yang monumental, Ahkam al-Janaiz wa Bid'ihaa.

Maksud hadith al-Barra' bin Azib yang anda nukilkan di atas bermaksud duduk-duduk di sekeliling kubur ketika jenazah dikebumikan, di mana Nabi saw akan memberi nasihat kepada yang hadhir dan menyuruh mereka supaya berdo'a. Oleh kerana proses pengkebumian ini memakan sedikit masa, maka ketika itu dibolehkah duduk sekitar pengkebumian yang sedang berjalan.

Manakala larangan duduk di atas kubur dan bersandar pada nisannya adalah ketika seseorang berziarah kubur. al-Albani adalah antara fuqaha' yang mengharamkan perbuatan duduk di atas kuburan ini, manakala Imam Syafi'iy mentafsir larangan itu menyamai hukum MAKRUH sahaja bukan haram. Ini adalah ijtihad Imam Syafi'iy dan ketinggian ilmu beliau dalam mentarjih dan menghimpun semua nas. Dalam fiqh Syafi'iy, apa jua larangan yang tidak ada dalam al-Qur:an dan yang ada hanya larangan hadith yang bersimpang siur antara yang memboleh dan membenarkan, maka bila tiba keadaan begini, maka beliau akan menghukum sbg makruh bukan haram.

Saya melihat amalan duduk di atas kubur ini sebagai etika atau adab. kita mengandaikan petak kubur itu ada penghuni dibawahnya, walaupun ia sudah reput. Jika di atas dunia, jika ada sekujur badan manusia, kita menghormati tubuh itu dan tidak sekali-kali duduk di atasnya atau melangkahnya. Maka begitulah ajaran Nabi kita supaya kita menghormati manusia walaupun dia sudah berada di dalam petak kubur. Kita elakkan melangkah petak2 kubur atau menghamparkan hamparan atas mana-mana kubur dan duduk di atasnya. Jika kita lihat ada ruang antara kubur A dan kubur B, maka ketika itu tidak ada salahnya kita duduk.

Kita kena faham maksud, di larang duduk di atas kubur bukan bermakna dilarang duduk di tanah perkuburan, tapi duduk di atas petak kubur secara sepecifik. Di Malaysia, kebanyakan tanah perkuburan, kita dapati setiap kubur selalunya ada cepuri (bahasa kelantan) atau dinding konrit yang kukuh memagar petak kubur. selalunya orang yang menghadiri pengkebumian akan duduk di atas bingkai konkrit ini dan bukannya di atas kubur. Manakalah kubur di tanah Arab Saudi, binaan konkrit itu diharamkan, maka agak sukar meneka mana satu petak kubur.

Masalah duduk atas kubur ini berlaku kerana tanah perkuburan umat Islam tidak disusun seperti tanah kubur di negara Barat, di mana, kubur2 itu akan di susun dengan begitu cantik, ada lorong berjalan kaki dan amat sukar bagi orang mengijak kubur atau duduk di atasnya. Kalaulah kubur2 orang Islam ditadbir dengan sistematik begitu, maka isu menginjak dan duduk di atas kubur tidak akan berlaku. ini kerana kubur orang Islam tidak ditadbir urus dgn sistematik, maka orang gali dan kebumi ikut suka dia aje.

Rumusan: tiada jawapan konkrit bagaimana menemukan ulama dalam isu khilafiah. Kita disarankan memiliki Fiqh Ikhtilaf, berlapang dada dalam isu2 yg diperselisihkan. Isu duduk di atas kubur diperselisihkan kerana ujudnya nas-nas hadith yg berlawanan dan tidak jelasnya apakah maksud larangan RasuluLlah saw itu. Ini terbukti bahawa Imam Malik sendiri sebagai Imam darul Hijrah atau Imam fuqaha' Madinah, melihat larangan Nabi saw itu sbg buang air di tanah perkuburan. Ini kerana orang Arab memang ada budaya suka buang air di tanah perkuburan.

sekian