SJ-05-0179 : Adab Solat Berjemaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0179 : Adab Solat Berjemaah

:salam

Boleh tak para ilmuan di sini senaraikan adab solat berjemaah dengan nasnya sekali?

Saya ada membaca buku-buku tentang solat jemaah yang ditemui di kedai-kedai buku tetapi ia tidak lengkap, maksud saya tiada disertakan nasnya, adakah ia pandangan ulama atau anjuran Rasulullah :selawat , dan sebagainya.

Di surau tempat saya ni, ada seorang makmum ni selalu menyebut perkataan "Amiin" selepas bacaan Fatihah Imam lebih awal daripada Imam sehingga mengganggu Imam dan makmum lainnya. Pernah ditegur oleh Imam, tetapi beberapa hari kemudian dia masih mengulanginya.

Bagaimana agaknya cara nak menegur dengan baik.. Termasuklah nak minta pakcik-pakcik merapatkan saf. Huhuu..

SJ-05-0179 : Adab Solat Berjemaah

:wassalam

al-Jawab:

1. Adab atau Etika solat Jama'ah adalah panjang jika anda perlukan nasnya sekali. Kami sarankan anda membeli kitab-kitab berikut:

a. Imam dalam Solat menurut AQ dan asSunnah oleh Dr Saíd bin Ali bin Wahf alQahthani dari Jordan, beliau merupakan murid terbaik Syaikh Ibn Baz, mantan Mufti Aam Kerajaan Arab Saudi. Ia diterjemah oleh Pustaka alNajiyah, Jakarta, ms 163 dan harga dalam RM 15.00.

b) Solat Jama'ah oleh Dr Salih bin Ghanim al-Sadhani dari KSA, yg diterjemah dan diterbit oleh Pustaka Arafah Solo Id, ms 228, harga RM 16.00

atau dapatkan terjemahan Fiqh Sunnah Jilid # 2.

2. Cara menegur makmum yang mendahului Imam dan para makmum yg susah merapat dan meluruskan saf. jika anda rapat dengan AJK mesjid, usahakan supaya dapat diadakan kursus Sifat Solat Nabi. Cuba hubungi salah seorang Panel kami, UZAR atau lawati website beliau (http://www.uzar.com) sekian