:salam
Moga kalian dirahmati Allah,
Mengenai solat bagi orang yg bermusafir. Apa yang saya paham ialah si A ini lahir dan menetap di Ipoh. Sekarang ia bekerja dan menetap di Parit Buntar. Parit Buntar ke Ipoh melebihi kadar 2 marhalah. Tapi apabila ia kembali ke rumah orang tua yakni tpt lahirnya ia tidak boleh solat jamak dan qasar.
Pandangan yg saya terima dari seorang sahabat (mungkin pandangan mazhab syafie) katanya....jika si A bekerja dan menetap di Parit Buntar tapi ia masih belum menetapkan itulah tempat tinggalnya.....maka apabila iakembali ke Ipoh ia takboleh jamak dan qasar.
Tapi jika si A bekerja dan menetap di Parit Buntar tapi ia membeli rumah di Butterworth...yakni ia akan tinggal di situ....maka apabila ia kembali ke Ipoh, ia boleh solat jamak dan qasar....sbb sebelum ini watan hakikinya kembali tempat lahir atau asal org tuanya...maka kini si A sudah ada rumah dan menetap di Butterworth...maka watan hakikinya adalah tempat baru....
Adakah pandangan sahabat saya yg ia sandar tersebut sahih???jika sebaliknya....adakah pandangan yg saya fahami sahih???boleh tuan jelaskan sebaiknya......
Sekian, :wassalam
:wassalam
al-Jawab:
Ada dua pendapat yang ketara:
Pendapat jumhur (4 madzhab Utama), jama' qasar ditentukan oleh jarak (distance), jumlah hari musafir dan niatnya samada akan menetap atau tidak di sesuatu lokasi.
Pendapat alternatif yg dipelopori oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, solat musafir tidak ditentukan oleh jarak, jumlah hari atau niat safar, bahkan ia ditentukan oleh empunya badan dan uruf masyarakat samada suatu perjalanan itu layak dinamakan safar (perjalanan/kembara)
Jika anda memilih pendapat Syafi'iyah, maka ia tertakluk kepada jarak (melebihi 84KM), jumlah hari dan niat bermukim atau mastautin.
Maka dalam madzhab Syafi'iy, Ipoh masih dianggap watan hakiki (tanah tumpah darah, bumi kelahiran), Butterworth, tempat bermukim. Maka bila ia tiba di Ipoh dan Butterworth, ia hilang status musafirnya kerana seseorang tidak dikira bermusafir di rumah ibubapanya dan juga di rumah kediamannya. Tapi dalam perjalanan menuju kedua tempat itu jika melebihi 84-85KM, maka ia boleh solat safar.
Pengikut pendapat Ibn Taymiyah, anda boleh solat safar bila anda keluar musafir dari rumah anda sekarang menuju ke mana-mana destinasi hatta ke Ipoh sekalipun jika anda merasakan ia suatu perjalanan. Alasan Ibn Taymiyah, dalil-dalilnya umum dan tak ada satu dalilpun yang menetapkan jarak, niat dan jumlah hari safar.
Maka pendapat madzhab memperketat tujuannya menjaga supaya orang awam terkawal dalam mengambil rukhsah dan pendapat Ibn Taymiyah mengekalkan ruh agama, mudah dan tidak mempersulit. WA