SJ-1654 : Sembelihan Menurut Syarak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1654 : Sembelihan Menurut Syarak

1.Bagaimana bacaan untuk menyembelih binatang dalam bahasa Arab serta ertinya?
2.apakah syarat2 sembelihan contohnya nak sembelih ayam?

terima kasih.

Re: SJ-1654 : Sembelihan Menurut Syarak

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Oleh kerana setiap yang berkait-rapat dengan penyembelihan ini, samada manusia (sebagai penyembelihnya), haiwan yang disembelih dan alat sembelihan itu semuanya merupakan ciptaan (makhluk) Allah Ta’ala, maka tak dapat tidak, mestilah semua itu tunduk dan patuh di bawah undang-undang Allah Ta’ala yang menjadikan ( Al-Khaliq ) mereka itu.

***********************

1- Bacaan yang dibaca ketika melakukan penyembelihan ini adalah SUNAT HUKUMNYA (menurut mazhab Imam Asy-Syafie r.h) , manakala bagi mazhab Imam Abu Hanifah r.h & Imam Ahmad r.h , ianya adalah WAJIB .

Menurut kitab-kitab Fiqh, bacaan yang dimaksudkan itu ialah dengan menyebut “ BISMILLAH “ ( Dengan Nama Allah ). Walaupun begitu, rata-rata orang kita di Malaysia membacanya dengan “ BISMILLAHI ALLAHU AKBAR “ ( Dengan Nama Allah, Allah Maha Besar ! ).

***********************

2- Syarat – Syarat Sembelihan ( Berdasarkan Kitab FIQH AS-SUNNAH – Oleh : Almarhum Imam As-Saiyid Sabiq r.h : Bekas Mahaguru di Universiti Al-Azhar ) :

(2.1) – Si penyembelih itu mestilah seorang yang BERAKAL, samada dia adalah lelaki ataupun wanita, dan samada dia adalah seorang yang beragama Islam ataupun Ahli-Kitab (Yahudi & Kristian).

Ertinya : Tidak sah sembelihan orang yang mabuk ataupun gila, sembelihan seorang anak yang masih belum dapat membezakan (tamyiz), sembelihan drp orang-orang musyrikin yang menyembah berhala dan juga, sembelihan yang dilakukan oleh orang-orang yang telah murtad (keluar drp Islam).

(2.2) – Alat yang digunakan di dalam penyembelihan itu, mestilah tajam, sehinggakan menyebabkan mengalirnya darah dan memutuskan tenggorokan (halqum).

Seperti pisau, batu, kayu , pedang, kaca, sembilu, tulang yang kesemuanya itu mempunyai sisi (mata) yang tajam yang dapat memotong seperti pisau. Alat sembelihan yang tidak dibenarkan ialah Gigi & Kuku.

(2.3) – Terputusnya tenggorokan (halqum) dan saluran al-mari’ (saluran makanan dan minuman / aesophagus).

(2.4) – Menyebut Nama Allah :

Menurut Imam Malik r.h : “ Semua binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah, adalah HARAM, samada secara sengaja ataupun terlupa “.

Menurut Imam Abu Hanifah r.h : “ Jika sembelihan itu dilakukan tanpa menyebut nama Allah disebabkan terlupa , maka hukumnya HALAL , dan tetapi andainya kerana sengaja, maka hukumnya adalah HARAM “.

Menurut Imam Asy-Syafi’e r.h : “ Tidak menyebut nama Allah, samada kerana sengaja ataupun terlupa, kedua-duanya sama sahaja – HALAL DIMAKAN – jika si penyembelihnya menyembelihnya menurut hukum.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

Terjemahan “ FIQH AS-SUNNAH “ – Jilid 13, ms 126
( Oleh Al-Imam As-Saiyid Sabiq r.h )
Terbitan : Victory Agencie , K. L

Web : http://www.islam.gov.my/halal/sembelihan.html

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå