Assalamu'alaikum Warahmatullah,
Apakah hukumnya jika scan bayi dalam kandungan ibu?
Adakah bertujuan untuk menentukan kesihatan adalah dibolehkan dan sekiranya hanya mahu mengetahui jantinanya sahaja pula sebaliknya?
Jazaakallahu Khairan atas perhatian AAN,
:wassalam
al-Jawab:
Tidak ada apa-apa halangan syara' untuk seseorang membuat scan/ ultrasound ke atas kandungan kerana ia merupakan prosedur biasa yang dilakukan oleh hospital/klinik untuk memastikan pertumbuhan janin bebas dari sebarang komplikasi.
Pernah diajukan soalan kepada Syaikh Muhammad Saleh al-Uthaimin, mantan Mufti 'Aam KSA, maka begitulah jawapannya (lihat Islam QNA edisi Inggeris, kelolaan Syaikh Saleh alMunajjid, KSA, soalan no 6201). sekian