SJ-05-0262 : Rawatib solat Jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0262 : Rawatib solat Jumaat

:salam

Adakah benar bahawa pada solat Jumaat, tiada solat sunat qabliah dan ba'diah?

terima kasih.

SJ-05-0262 : Rawatib solat Jumaat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Soalan ini pernah di jawab didalam al-ahkam. Berikut adalah Jawapan kepada Solat Sunat Qabliah Jumaat :-

kamin wrote:
Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, bekas Mufti Arab Saudi didalam bukunya berjudul Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah, katanya:

"Tiadalah bagi Jumaat itu sunat sebelumnya menurut pendapat yang paling shahih dari dua pandangan ulama' ini, tetapi telah benarkan oleh syara' kepada orang Islam, apabila masuk ke Masjid bagi menunaikan solat yang dipermudahkan oleh Allah, maka berilah salam pada setiap 2 rakaat, kerana sabda nabi saw :"Solat malam dan siang [selain dari yg wajib] ada 2 dan 2 [rakaat]" - {ÕáÇÉ Çááíá æÇáäåÇÑ ãËäì ãËäì } Riwayat Imam Ahmad.

Sesungguhnya ada sahih dari Nabi saw didalam banyak hadis-hadis shahih, adalah dibenarkan oleh syara' apabila seorang Islam masuk ke masjid pada hari Jumaat agar menunaikan apa-apa yang Allah izinkannya bersolat sebelum Imam keluar. Nabi saw tidak menghadkan berapa jumlah rakaat samada 2, 4 atau pun lebih. Kesemua ini baik, tetapi minimanya ialah 2 Rakaat Tahiyat Al-Masjid."
------

Bagi pensyarah Al-Azhar, Dr Abdul Fattah Ashour pula:

"Bukanlah azan pertama dan kemudiannya azan kedua yang menjadikan sunat menunaikan Sunat Qabliyah Jumaat sebagaimana yang dinyatakan, tetapi seungguhnya ia adalah Solat Sunat Azan sebagaimana warid dari nabi saw : "Setiap 2 azan ada Solatnya" { Èíä ßá ÃÐÇäíä ÕáÇÉ}, "Apa-apa (solat) diantara Azan dan Iqamah" {¡ Ãí ãÇ Èíä ÇáÃÐÇä æÇáÅÞÇãÉ}, "Barangsiapa bersolat sebelum Imam naik ke Mimbar, solatlah ia 2 rakaat" {Ýãä Õáì ÇáÑßÚÊíä ÞÈá ÕÚæÏ ÇáÅãÇã ááãäÈÑ ÕáÇåÇ ÑßÚÊíä}, Sesungguhnya solatnya didalam masjid adalah 4 rakaat, sebagaimana yang dinyatakan didalam hadis-hadis tersebut.

Telah dinyatakan oleh Al-Syafie didalam solat Zohor, dijadikan 2 rakaat sebelumnya sebagai sunat mu'akad, dan tetapi apa yang datang dari Nabi saw bertentangan dengan apa yang diikuti, Sesungguhnya para jemaah mengadakan solat 2 rakaat Qabliyah yang mengikut mazhab Syafie dan mereka ini ramai yang melakukan di Mesir, Suruhan (perintah) atau tidak, dan akhirnya ia tidak mengajak kepada perselisihan dan kontroversi {{ æáÚá ãä íÕáæä ÇáÑßÚÊíä ÓäÉ ÞÈáíÉ íÊÈÚ ÇáãÐåÈ ÇáÔÇÝÚí æÇáÐí Úáíå ßËíÑ ãä ÇáäÇÓ Ýí ãÕÑ¡ æÇáÃãÑ ÃæáÇ æÃÎíÑÇ áÇ íÏÚæ Åáì ÎáÇÝ æÊäÇÒÚ .}}. "

--------
Bagi ulama salaf pula mengatakanmemang tidak ada sunat Qabliyah Jumaat. Ini telah dijelaskan oleh Sheikh Nasyiruddin Al-Albani (Bida' Al-Jumu'ah), Ibnu Qayyim (Zaad al-Ma'aad), Imam Abu Shaamah (Kitaab Al-Jumu'ah) dll. Walaubagaimana pun menurut beberapa ulama', tidaklah wajar meninggalkan solat sunat sebelum Imam naik ke Mimbar (untuk membaca Khutbah). Ini telah dinyatakan oleh kedua-dua ulama' diatas dengan membawa hadis-hadis yang dibenarkan oleh syara' bersolat sunat sebelum Jumaat seperti solat sunat azan atau Sunat Mutlaq atau setidak-tidaknya Solat Tahiyatul Masjid. Malah menurut Sheikh Abdul Aziz didalam Majmu' fatawa (4/500-501):"Sunat tatkala memasuki masjid bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid walaupun Imam sedang berkhutbah".

Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah. Riyad 12/386

2. Dr Abdul Fattah Ashour. Fatwa IslamOnline.Net. Sunat Qabliyah Jumaat. url :
sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=72541

3. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu. cetakan ke 3. Dar Al-Fikr, 1989

4. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' fatawa Jilid 4. Dar Al-Watan.

Berikut adalah Soal Jawab mengenai Solat Sunat Ba'diyah Jumaat. :-

kamin wrote:
Solat sunat selepas Zohor thabit dari hadith Nabi :saw, sabda beliau :-

ãä ßÇä ãäßã ãÕáíÇð ÈÚÏ ÇáÌãÚÉ ÝáíÕá ÈÚÏåÇ ÃÑÈÚÇð
dir="ltr">"Barangsiapa dikalangan kamu yang bersolat selepas Jumaat, maka solatlah selepasnya 4 rakaat" (Hadith Riwayat Muslim, al-Jumaah, 881)

Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa, minimum rakaat yang diperbolehkan adalah 2 rakaat, dan 4 rakaat merupakan jumlah maximanya (Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 12/386). Ibn Baaz mengatakan bahawa Nabi :saw pernah juga bersolat 2 rakaat di rumah baginda.

Ibn Qayyim rh (al-Zaad al-Ma'ad, 1/440) mengatakan bahawa Nabi :saw selepas Solat Jumaat akan masuk kedalam rumahnya dan bersolat 2 rakaat solat sunat, dan mengarahkan agar mereka yang selesai solat Jumaat melakukan 4 rakaat selepasnya.

Abu Daud didalam Sunannya (1130) ada meriwayatkan bahawa Ibn Umar ra apabila bersolat di masjid, dia akan bersolat (sunat selepas Jumaat) 2 rakaat, dan apabila bersolat di rumah dia akan mengerjakan 2 rakaat.

Kesimpulannya, Solat Qabliah Jumaat tidak ada dalil khas mengenainya, akan tetapi Solat Ba'diyah Jumaat wujud dalil sahih mengenainya. WA

Sekian, wassalam

خيرالأمين