SJ-1985: habit cakap seorang diri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1985: habit cakap seorang diri

assalamualaikum warahmatullah...

terima kasih kerana telah menjawab persoalan saya tempohari. walau begitu, apa yang saya cuba saya fokuskan ialah tentang habit bercakap seorang diri sahaja. apakah suka bercakap seorang diri itu termasuk sekali dalam penyakit hati?

mengenai sahabat saya itu pula, dia masih lagi mengamalkan kehidupan normal seperti individu lain juga. ini termasuklah pergi kuliah serta belajar seperti biasa, beridabat dan lain-lain lagi. tapi adakalanya habit bercakap seorang diri dengan angan-angan tertentu itu (lebih kepada plan masa depannya yang positif) datang pada keadaan yang tertentu. adakalanya habit tersebut datang ketika dalam keadaan stress dan juga ketika dalam keadaan tenang. tapi itupun hanya dalam keadaan ketika berseorangan sahaja, yakni orang lain tidak ada ketika itu.

cuma apa yang saya ingin tahu hanyalah seandainya ada pendapat fiqh dalam hal ini. ini bersangkutan sama ada habit bercakap seorang diri ini sebahagian daripada kecacatan mental atau kegilaan ataupun penyakit hati dari segi syarak.
ini kerana seandainya habit suka cakap seorang diri ini mempunyai kesan negatif terhadap iman & juga amal ibadat, bagaimana pula penyelesaiannya secara fiqh.

Re: SJ-1985: habit cakap seorang diri


Jwb:
Jika angan2 kosong/mat jenis ini dikaitkan dgn penyakit hati, cakap sorang2 tanpa tujuan ini adalah penyakit jiwa (psikologi). Cakap2 sorang yg dibenarkan ialah seorang yg berlatih public speaking (pengucapan awam) yg berlatih dalam bilik air di hadapan cermin atau ketika muhasabah diri ketika sendirian. Umar alKhattab ra pernah mencela dirinya dan memukulnya dgn cemeti lantaran dosa2nya semasa jahiliyah. Abu Bakar asSiddiq ra ketika melihat burung2 akan bercakap seorang diri,"alangkah baiknya jika aku hanyalah seekor burung." Sayyidina Ali KW juga pernah didengari bercakap kepada dirinya dalam rangka muhasabah diri (self-introspection)
Adapun penyakit cakap sorang2 tanpa tujuan muhasabah diri atau public speaking ini ada kaitan dgn budaya Asia/orang Timur yg mana budaya Asia adalah budaya tertutup, di mana anak2 yg dibesarkan dalam budaya Timur/Asia terdedah kepada pelbagai budaya negatif yg menyekat kreativiti dan keberanian atau semangat mencuba yg akhirnya kanak2 tsb tidak dapat mencapai potensi diri sepenuhnya. Budaya Asia mudah menghukum dan mengkritik dgn kritikan yg negative (desturctive criticism). Budaya2 negatif ini akhirnya melahirkan sindrom takut pada kegagalan, takut mencuba dan takut akan tersisih dari masyarakat (fear of failure anda fear of rejection). maka sebagai outlet (jalan keluar dari kesan psikologi sejak kecil ini melahirkan habit cakap sorang2 ini sebagai suatu bentuk ekspressi dirinya.
Saya banyak mengkaji falsafah Barat antaranya buku Hayakawa, languange in Thought and Action, Briggs, Dorothy, Child's Self Esteem) yg mengesan punca ada orang yg kelihatan bercakap sendirian kerana dia dibesarkan dalam budaya keluarga atau masyarakat yg terlalu mengontrol.

Nasihat saya, sifat itu jika hanya berlaku sorang2 tak apa, tapi jika dia bercakap sorang2 di khalayak ramai, itu suatu petanda yg membimbangkan. Maksunya kalau masih berlaku sorang diri tanpa pengetahuan orang lain, maka ia dikira masih OK
P/S: sudah tentu kita memerlukan teguran dan komen dari doktor, kaunselor atau pakar saikologi