PENGISYTIHARAN OKU KELANTAN 2012

Primary tabs

Kami peserta-peserta Persidangan OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan dengan penuh takzim dan tawaduk, bersama dan bersatu bersetuju menyatakan iltizaman kebersamaan kami bagi menzahirkan suatu penisytiharan yang dinamai Pengisytiharan OKU Darul Naim 2012.

Adalah pada hari ini 13 Mac 2012 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1433, menyatakan sebagaimana berikut:

  1. Kami merakamkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dan penghargaan atas kesediaan pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan Dan NGO yang telah menganjurkan buat julung-julung kalinya Persidangan OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan pada tahun 2012.
  2. Kami menggesa pihak kerajaan di setiap peringkat dengan dimulai kerajaan di peringkat persekutuan, mengadakan suatu kerangka pembangunan OKU yang menyeluruh dengan diterajui oleh suatu badan / jawatankuasa yang bertanggungjawab terus kepada cabinet di peringkat pusat atau Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat negeri.
  3. Kami menyokong penuh penyerahan memorandum bersama OKU oleh Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Suhakam pada 17 Mac 2012.
  4. Kami mencadangkan Persidangan OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan dijadikan suatu forum tahunan atau dwi tahunan bagi membolehkan OKU terus berganding dan bersatu dalam usaha mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan berkebajikan di bumi Malaysia umumnya dan Kelantan khususnya.


Sekian, pengisytiharan dizahirkan.

Disediakan
MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
(PENGERUSI MAJLIS PERMUAFAKATAN NGO OKU KELANTAN)