"Yaa aamanalkhaa ifiin, aaminnaa mim maanakhaaf..."
1.Ada seorang ustaz mengatakan bahawa doa di atas sebenarnya menyeru orang kafir, benarkah begitu?
2.Apakah maksud doa tersebut?
(Maaf kerana saya tidak tahu menyediakan tulisan arabnya...)
Sumber Rujukan Islam Anda..
"Yaa aamanalkhaa ifiin, aaminnaa mim maanakhaaf..."
1.Ada seorang ustaz mengatakan bahawa doa di atas sebenarnya menyeru orang kafir, benarkah begitu?
2.Apakah maksud doa tersebut?
(Maaf kerana saya tidak tahu menyediakan tulisan arabnya...)
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Adakah do'a ini menyeru kepada orang kafir? Kita lihat dulu maksudnya : Wahai yang mengamankan orang-orang yang Takut...". Bagi kami, "yang mengamankan" itu juga di iktikadkan kepada Allah, tidaklah ia mendatangan masalah. Terjemahannya menjadi :-
Kalau diiktikadkan "yang mengamankan" itu adalah selain dari Allah, maka inilah yang menjadi satu kesalahan besar, malah boleh membawa kepada Syirik.
Kita dapat lihat bahawa ramai dikalangan Imam-Imam dan ulama' menggunakan bait do'a ini didalam do'a mereka, terutamanya didalam Qunut Nazilah.
Malah, ramai pimpinan Ikhwanul Muslimin yang berdo'a masukkan bait perkaatan ini seperti Dr Fathi Yakan, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi dsb.
Contoh do'a yang dibaca oleh Dr Fathi Yakan :-
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Daawa_Counsel/DaawaA/DaawaCounselingA&cid=1120711348927
Contoh bait tersebut didalam do'a :-
Terdapat lagi dua bait yang popular yang datang bersama do'a tadi :-
Walaupun do'a ini tidak dapat dikesan tsabit dari Nabi :saw, tidaklah menjadi perkara yang dilarang jika seseorang itu menggunakan sebagai do'a kerana ia tidaklah mengandungi unsur syirik. WA
Sekian, wassalam
خيرالأمين