SJ-07-0093 : Doa menyeru orang kafir?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0093 : Doa menyeru orang kafir?

"Yaa aamanalkhaa ifiin, aaminnaa mim maanakhaaf..."

1.Ada seorang ustaz mengatakan bahawa doa di atas sebenarnya menyeru orang kafir, benarkah begitu?

2.Apakah maksud doa tersebut?

(Maaf kerana saya tidak tahu menyediakan tulisan arabnya...)

SJ-07-0093 : Doa menyeru orang kafir?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Adakah do'a ini menyeru kepada orang kafir? Kita lihat dulu maksudnya : Wahai yang mengamankan orang-orang yang Takut...". Bagi kami, "yang mengamankan" itu juga di iktikadkan kepada Allah, tidaklah ia mendatangan masalah. Terjemahannya menjadi :-

íÇ ÃãÇä ÇáÎÇÆÝíä ÂãäÇ ããÇ äÎÇÝ
dir="ltr">"Wahai [Tuhan yang] mengAmankan orang-orang yang Takut, Amankanlah Kami daripada perkara yang kami takut"

Kalau diiktikadkan "yang mengamankan" itu adalah selain dari Allah, maka inilah yang menjadi satu kesalahan besar, malah boleh membawa kepada Syirik.

Kita dapat lihat bahawa ramai dikalangan Imam-Imam dan ulama' menggunakan bait do'a ini didalam do'a mereka, terutamanya didalam Qunut Nazilah.

Malah, ramai pimpinan Ikhwanul Muslimin yang berdo'a masukkan bait perkaatan ini seperti Dr Fathi Yakan, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi dsb.

Contoh do'a yang dibaca oleh Dr Fathi Yakan :-

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Daawa_Counsel/DaawaA/DaawaCounselingA&cid=1120711348927

Contoh bait tersebut didalam do'a :-

Çááåãøó íÇ ãÌíÈó ÇáÓÇÆáíäó ¡ íÇ ãõÌíÈó ÇáãÖØÑíäó¡ íÇ ãõÛíËó ÇáãõÓÊÛíËíäó¡ íÇ ÃãÇäó ÇáÎÇÆÝíäó .
dir="ltr">

Terdapat lagi dua bait yang popular yang datang bersama do'a tadi :-

íÇ ÃãÇä ÇáÎÇÆÝíä ÓáãäÇ ããÇ äÎÇÝ
dir="ltr">"Wahai [Tuhan yang] mengAmankan orang-orang yang Takut, Selamatkanlah Kami daripada perkara yang kami takut"

íÇ ÃãÇä ÇáÎÇÆÝíä äÌäÇ ããÇ äÎÇÝ
dir="ltr">"Wahai [Tuhan yang] mengAmankan orang-orang yang Takut, Lepaskanlah Kami daripada perkara yang kami takut"

Walaupun do'a ini tidak dapat dikesan tsabit dari Nabi :saw, tidaklah menjadi perkara yang dilarang jika seseorang itu menggunakan sebagai do'a kerana ia tidaklah mengandungi unsur syirik. WA

Sekian, wassalam

خيرالأمين