Assalamualaikum,
Terima kasih kerana menjawab soalan2 sebelum ini. Lanjutan dr masalah RUKUN KHUTBAH.
In reply to:
Pendapat yg rajih ialah tidak ada rukun khutbah. Apa yg disebut rukun2 khutbah itu hanya sunnat2nya sahaja. Sayyid sabiq, Fiqh Sunnah; Albani, Ahkam alJum'ah) Jika Imam batal solatnya, maka solat Imam itu batal dan solat makmum itu sah. Dalil : HR Muslim dan Abu Daud dari Abu Bakrah. (Ibn Hazm, alMuhalla 4/217
Ini bermakna, tidak ada rukun dlm khutbah, tetapi yg ada hanya sunat. Akan tetapi, menurut buku yg saya baca (FIQH ISLAM) dan juga melalui kelas agama Sek Men dulu, dlm khutbah ada 2 iaitu rukun dan sunat. Antara rukun khutbah adalah,
Mengucap syahdah spt sabda Rasulullah saw
"Tiap2 khutbah yg tiada syahdahnya, adalah spt tgn yg terpotong" Riwayat Ahmad & Abu Daud.
Jadi, ini menunjukkan seolah2 adanya rukun dlm khutbah.
Spt yg tuan beritahu, tiada rukun tapi sunat. Maknanya, kalau tak buat, maka sahlah jumaatnya. Adakah ini benar pemahaman saya?
Sekian, terima kasih.
Jawab:
Apa yg anda baca dan pelajari semasa sekolah menengah itu adalah juga pendapat yg benar. Ia merupakan pendapat dari aliran madzhab Malaysia (Syafi'iyah) dan itulah yg diterimapakai di Malaysia.
Jika anda berada di negara yg bebas madzhab spt luar negara, maka pendapat yg rajih ialah ia bukan rukun khutbah tapi hanya sunat. In i bermakna solat Juma'at itu sah jika tidak mengikut tafsiran Syafi'iyah.
Hadis yg anda sebut itu bukanlah hadis yg sampai ke tahap sahih. Maksud hadis itu bukanlah bermaksud rukun. (Fiqh Sunnah) WaLlahu a'alam