Tutorial: Cara Atasi Maktabah Syamilah Yang Tak Keluar Huruf Arab

Primary tabs

Oleh zain-ys

Untuk membolehkan Maktabah Syamilah anda di Windows 7 (win7) dapat membaca font arab dengan betul, berikut ini diperturunkan cara-cara dan petua-petuanya:
1. Tutorial ini adalah untuk Win7 yang sudah ada sistem arabic. Dengan maksud boleh memaparkan dan menulis tulisan Arab pada MS Word atau word pada dsbgnya.
2. Pastikan Win7 anda menggunakan sistem Arab negeri mana? Saudi Arabia, Egypt.. Atau sebagainya. Untuk mengetahuinya sila lihat gambar berikut:


Di PC saya, saya menggunakan Arabic (Egypt). Mungkin PC anda menggunakan salah satu dari senarai berikut:
Arabic (Algeria), Arabic (Bahrain), Arabic (Egypt), Arabic (Iraq), Arabic (Jordan), Arabic (Kuwait), Arabic (Lebanon), Arabic (Libya), Arabic (Morocco), Arabic (Oman), Arabic (Qatar), Arabic (Saudi Arabia), Arabic (Syria), Arabic (Tunisia), Arabic (U.A.E), Arabic (Yemen)

Sila catatkan di kertas, Arabic Win7 anda dari negara mana.

3. Setelah anda tahu Arabic di Win7, sila ke Control Panel dan klik pada Clock, Language, dam Region. Lihat gambar berikut:

4. Sila klik pula pada Change Location. Lihat gambar berikut:

5. Akan terpapar paparan berikut dan pilihlah Administrative. Lihat gambar berikut:

6. Paparan ini akan muncul dan klik pada Change sytem locale... Lihat gambar berikut:

7. Klik sebagaimana yang ditunjukkan pada gambar berikut dan pilihlah Arabic (Negeri) sebagaimana yang sedia ada pada win7 anda. Dalam kes saya, Win7 saya adalah Arabic (Egypt) jadi, di sini saya pilih Arabic (Egypt). Kalau Win7 anda menggunakan Arabic (Saudi Arabia) anda perlu pilih Arabic (Saudi Arabia).

8. Klik Ok.. Dan Ok
9. Restart...
10. Buka Maktabah Syamilah anda... Dan.. Siap untuk digunakan!