SJ-13-0356 : Adakah Sunat Tutup Kepala Ketika Masuk Tandas?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0356 : Adakah Sunat Tutup Kepala Ketika Masuk Tandas?

:salam

Adakah sunat kita menutup kepala ketika masuk tandas? Saya ada juga mendengar tutup kepala berkenaan tidak boleh dari kopiah/serban yang kita pakai utk solat. Adakah ini betul?

Sekian, terima kasih.

SJ-13-0356 : Adakah Sunat Tutup Kepala Ketika Masuk Tandas?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Soalan ini telah pun dijawab, seperti berikut:

SJ-14-0101 : Beberapa Kepastian Hadis

Quote:
Tiada larangan masuk tandas tanpa menutup kepala, cuma ada sesetengah fuqaha mengatakan ia makruh.
Antara dalilnya ialah satu hadis Aisyah "Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tandas, baginda menutup kepala, dan apabila mendatangi isterinya baginda menutup kepala". Riwayat Baihaqi (no: 460). Dinilai Dhaif oleh Imam Nawawi dalam Majmuk.

Tetapi sabit daripada Abu Bakar r.a. tentang tutup kepala ketika masuk tandas sebagaimana kata Imam Baihaqi. Lihat Sunan Kubro Baihaqi (no: 460).

Dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah: kata ABu Bakar: Wahai orang Islam, malulah kepada Allah. Demi Yang aku berada di tangan-Nya, ketika pergi ke tempat lapang untuk qadha hajat dalam keadaan menutup kepala, kerana malu kepada Tuhanku". (no: 1127).

Rujukan:
-Majmuk Nawawi 2/93-94.
-Majmuk Fatawa Uthaimin (bab Istinja).
-Sunan Baihaqi
-Musannaf Ibn Abi Syaibah

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33936