SJ-13-0357 : Berjabat Tangan Selepas Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0357 : Berjabat Tangan Selepas Solat

:salam Ustaz.

Saya ingin bertanya adakah perbuatan berjabat tangan selepas solat seperti yang diamalkan di negara kita pada masa ini mempunyai nas daripada Al-Quran atau pun Hadith. Sekiranya ada nas yang membolehkannya bolehkah Ustaz nyatakan.

Moga2 kita semua dirahmati Allah. Amin!

Sekian, terima kasih

SJ-13-0357 : Berjabat Tangan Selepas Solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Soalan ini pernah dijawab sebelum ini. Berikut adalah jawapannya :-

SJ-13-0336 : Bersalam Ketika Memohon Maaf wrote:
Quote:
1. Adakah bersalaman itu tuntutan Islam?

Bersalam merupakan amalan sunnah yang dilakukan oleh Nabi :saw. Didalam riwayat bahawa al-Bara' berkata :-

ãÇ ãä ãÓáãíä íáÊÞíÇä ÝíÊÕÇÝÍÇä ÅáÇ ÛÝÑ áåãÇ ÞÈá Ãä íÝÊÑÞÇ
dir="ltr">"Tidak dua orang Islam yang bertemu dan berjabat tangan, melainkan dia telah di ampunkan sebelum mereka berpisah" [Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad, dan dikelaskan Sahih oleh al-Tirmudzi]

Didalam sebuah riwayat, Anas ra. berkata :-

ßÇä ÃÕÍÇÈ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÅÐÇ ÊáÇÞæÇ ÊÕÇÝÍæÇ æÅÐÇ ÞÏãæÇ ãä ÓÝÑ ÊÚÇäÞæÇ
dir="ltr">"Apabila para sahabat Nabi :saw bertemu, mereka akan berjabat tangan, dan apabila mereka kembali dari permusafiran, mereka akan berpeluk diantara satu sama lain" [Hadith riwayat al-Tabaraani dengan isnad yang baik].

Quote:
2. Apakah bersalaman selepas solat itu satu bid'ah?

Menurut Syiekh Atiyah Saqr rh, bersalaman merupakan amalan para sahabat apabila mereka pulang dari permusafiran. Apa yang dilakukan oleh beberapa orang berkenaan dengan bersalaman selepas solat adalah ibarat mereka yang selepas solat itu telah menjalani satu permusafiran spiritual.

Jika bersalaman itu berlaku sebelum keluar atau masuk kedalam masjid atau musolla, maka tidak timbul isu mengenainya. Bagaimana pula jika perbuatan bersalaman itu berlaku sebaik sahaja selepas sahaja memberi salam kedua pada solat fardu? Berikut adalah pandangan Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

ÃãÇ ãÇ íÝÚáå ÈÚÖ ÇáäÇÓ ãä ÇáãÈÇÏÑÉ ÈÇáãÕÇÝÍÉ ÈÚÏ ÇáÝÑíÖÉ ãä Ííä íÓáã ÇáÊÓáíãÉ ÇáËÇäíÉ ÝáÇ ÃÚáã áå ÃÕáÇ Èá ÇáÃÙåÑ ßÑÇåÉ Ðáß áÚÏã ÇáÏáíá Úáíå æáÃä ÇáãÕáí ãÔÑæÚ áå Ýí åÐå ÇáÍÇá Ãä íÈÇÏÑ ÈÇáÃÐßÇÑ ÇáÔÑÚíÉ ÇáÊí ßÇä íÝÚáåÇ ÇáäÈí- Õáì Çááå Úáíå æÓáã- ÈÚÏ ÇáÓáÇã ãä ÕáÇÉ ÇáÝÑíÖÉ .
æÃãÇ ÕáÇÉ ÇáäÇÝáÉ ÝÊÔÑÚ ÇáãÕÇÝÍÉ ÈÚÏ ÇáÓáÇã ãäåÇ ÅÐÇ áã íÊÕÇÝÍÇ ÞÈá ÇáÏÎæá ÝíåÇ ÝÅä ÊÕÇÝÍÇ ÞÈá Ðáß ßÝì.
dir="ltr">"Bagi sebahagian orang yang mengambil inisiatif untuk bersalaman pada solat fardu selepas salam kedua, maka tidak aku ketahui asalnya, bahkan kelihatan ianya tidak disukai (makruh) kerana tidak terdapat dalil tuntutannya. Kerana sesungguhnya apa yang dituntut syara' (selepas solat) didalam keadaan ini adalah initsiatif melakukan ZIKIR yang disyara'kan. Bagi solat sunat pula, jika bersalaman selepas melakukan salam, jika dia tidak bersalaman sebelum masuk (masjid), maka sesungguhnya bersalaman sebelumnya sudah mencukupi"

Seelok-eloknya, usah diganggu orang yang selepas solat fardu dengan bersalaman dengannya, lebih-lebih lagi jika orang tersebut sedang berzikir, membaca al-Quran atau berdo'a. Kalau benar-benar ingin bersalaman, lakukanlah sebelum keluar masjid atau masa mula-mula berjumpa semasa masuk masjid, agar tidak menggangu zikirnya.

Bersalaman merupakan amalan yang baik dan bukan bid'ah, cuma bersalaman sebaik sahaja selepas solat merupakan gangguan kepada mereka yang melakukan zikir-zikir yang dituntut didalam sunnah. WA.

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34002

خيرالأمين