[DUNIA BUKU] Mutiara Fiqh Imam Hanafi (Bersuci dan Solat)

Primary tabs

Tajuk Buku: Mutiara Fiqh Imam Hanafi (Bersuci dan Solat)

Penulis: Mohd Faez Bin Mohd Shah Al-Hashimi
Halaman: 391m/s
Harga: RM59.00 (hardcover)
Kod: PJ-2095


Sesiapa yang ingin memiliki ilmu seluas lautan dalam bidang fiqh, maka hendaklah dia mempelajarinya dari Abu Hanifah - Imam al Syafi'ie.

Imam Abu Hanifah seorang yang sangat faqih semasa dizamannya - Sufyan al Thauri dan Idn al Mubarak.

Imam Abu Hanifah merupakan seorang ulama agung yang tersenarai di kalangan empat ulama muktabar, beliau juga turut menjadi pengasas kepada mazhab Hanafi. Belau terkenal sebagai seorang ulamak yang banyak melakukan ijtihad berasaskan metode al Ra'y disebabkan oleh sikap berhati-hati beliau dalam menerima nas-nas yang diragui kedudukannya. Tindakan beliau bertujuan bagi memelihara nas-nas tersebut daripada berlakunya penyelewengan dan seterusnya bagi menggelakkan daripada mengemukakan hukum yang tidak bertepatan dengan syariat Islam.

Mutiara Fiqh Imam Hanafi merupakan karya yang menghimpunkan fiqh mazhab Imam Abu Hanifah dan pandangan ulama-ulama al Hanafiyah dalam hukum-hukum fiqh Islam. Secara umum, buku ini membincangkan fiqh Imam Hanafi dalam persoalan bersuci dan solat yang merangkumi dalil dan pandangan beliau dalam beberapa aspek dan isu fiqh. Memang tidak dinafikan bahawa, Imam Abu Hanifah mempunyai pandangan yang berbeza dengan imam mazhab yang lain dalam kebanyakan persoalan fiqh, bahkan beliau terkenal sebagai seorang yang banyak berijtihad menggunakan akal atau al Ra’y dalam beberapa isu fiqh, disebabkan oleh faktor lokaliti dan uruf setempat yang berbeza dengan imam yang lain. Oleh itu, buku ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran perbezaan antara pandangan fiqh mazhab Hanafi dengan mazhab-mazhab yang lain, dan seterusnya membantu pembaca menilai kesesuaian pandangan tersebut berasaskan konteks semasa.

Selain itu, buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan dan bacaan umum terutamanya kepada para pelajar dan mahasiswa yang ingin mendapatkan input-input tambahan mengenai perbincangan muqaranah fiqh mazhab dalam pengajian mereka. Bagi memenuhi tujuan tersebut, gaya dan penulisan buku ini disusun dengan bahasa yang mudah difahami, disulami dengan dalil-dalil yang menjadi pegangan Imam Abu Hanifah dalam mengukuhkan pandangan beliau. Justeru itu, perbincangan fiqh Imam Hanafi dalam buku ini dibahagikan kepada empat bahagian utama, iaitu:

Bahagian I: Hukum bersuci
Bahagian II: Hukum solat
Bahagian III: Perkara yang menyempurnakan solat
Bahagian IV: Jenis-jenis solat

Info dan cara pembelian: www.facebook.com/buku.agama.online?sk=notes


Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan