Assalamualaikum.
Saya nak tanya pasal kandungan minyak wangi Calvin Klein (ESCAPE) apa yang membimbangkan saya ialah saya ader terima email dr sahabat.. dan melawati web Brunei.. sama juga aktikel dr email yang saya terima juga mengatakan yellow 5 adalah dr sumber haram.
Masalah kedua mengenai kosmestik.. Produk BML facial soap kalau boleh saya nak ajukan kepada pihak JAKIM tetapi sukar saya nak hubungi. Ini kerana produk ni JAKIM boleh check utk memastikan kandungan facial soap (BML) warna coklat.. sbb ader kandungan glycerine. Setahu saya glycerine adalah syubhat. Jkk
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-2029: Minyak Wangi & Kosmetik
Primary tabs
Sat, 23/11/2002 - 9:45am
#1
SJ-2029: Minyak Wangi & Kosmetik
Jawab:
1. Dye pewarna yg dikenali dgn Yellow 5 (Pewarna mengikut spec FD&C (USA) - agen Persekutuan USA mengenai Dadah dan Pewarna), ia diklasifikasi sebagai E-102 mengikut klasifikasi EC (komuniti Eropah) dan juga dikenali dgn Tatrazine. Pewarna ini dihasilkan dari perusahan coal-tar (arangbatu dan tar). Pewarna Yellow 5 ini ada kesan sampingan dan sudah ada gesaan kuat dari persatuan pengguna USA untuk FD&C mengharamkannya. Oleh kerana perfume ini kita banyak pilihan termasuk athar, maka jauhilah Escape.
2. Glycerine boleh dihasilkan dari punca haiwan dan tumbuhan. Ia memerlukan pengesahan dari persijilan Halal/Haram pihak berwajib. Jika produk yg mengandungi glycerin tidak disahkan Halal, maka ia jatuh syubhah. WaLlahu a'alam