SJ-13-0386 : Kontroversi Sheikhul Azhar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0386 : Kontroversi Sheikhul Azhar

:salam

Saya ada baca dalam satu blog yg menunjukkan gambar Sheikhul Azhar Dr. Tantawi bersalaman dengan Canselor perempuan universiti tempatan kita. Ditunjukkan gambar perbandingan dengan Presiden Iran yg menolak bersalaman dgn perempuan bukan muhrim. Nampaknya mcm ada usaha tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Al-Azhar sebagai tempat pengajian Sunni yg unggul dgn menonjolkan Ahmadinejad sebagai tokoh Syiah yg perlu dicontohi. Betulkah dalil hadis yg tidak membenarkan berslaman itu doif??

SJ-13-0386 : Kontroversi Sheikhul Azhar

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Hukum bersalaman dengan wanita ajnabiyyah (bukan mahram) jika membangkitkan syahwat dan tidak ada jaminan selamat daripada fitnah, hukumnya adalah HARAM dengan kesepakatan ulama.

- Begitu juga, jumhur ulama mengatakan HARAM bersalaman dengan wanita sekalipun tidak disertai syahwat dan fitnah. Kerana Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita ajnabiyyah sedangkan baginda adalah insan maksum dan tidak akan berlaku syahwat dan fitnah ke atas baginda jika bersalaman. Sabda baginda dalam peristiwa baiah "Aku tidak bersalaman dengan wanita-wanita". Direkod dalam Muwatta' (no: 3602), Musnad Ahmad (no: 27006), Sunan Nasaie (no: 4181), Sunan Ibn Majah (no: 2874).

- Walaupun begitu, ia adalah masalah khilafiyyah. Ada fatwa yang memberi keringanan bersalaman ketika situasi keperluan dengan syarat tiada fitnah dan tidak membangkit syahwat. Keharusan itu juga hanya TERHAD dalam keadaan hajat dan tidak boleh diperluaskan hukum ini sewenang-wenangnya. Ia dipilih oleh Dr Qardhawi dalam Fatawa al-Mar'ah al-Muslimah (55-71).

- Oleh itu, apa yang berlaku kepada Syeikh al-Azhar adalah kerana beliau melihat keharusan bersalaman dengan wanita disebabkan hajat kerana uruf setempat. Tidak perlu dijadikan satu isu yg besar.

- Jika tujuan perbandingan sbgaimana yg anda sebut, adalah untuk menjatuhkan ulama sunni dan menaikkan pemimpin Syiah, kami merasakan di sana ada satu agenda tersembunyi oleh sesetengah pihak.

Wallahu A'lam.