SJ-11-0172 : Zakat & Dividen KWSP

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0172 : Zakat & Dividen KWSP

As-salamu alaikum Ustaz,

Sebagai pekerja kakitangan awam yang telah mendapat taraf pekerja berpencen, saya telah memilih untuk menghentikan caruman saya di KWSP dan telah layak memohon pengeluaran keseluruhan wang caruman KWSP. Kini saya telah mendapat wang tersebut terdiri dari keseluruhan caruman di pihak saya, di pihak majikan (tempoh kontrak) dan juga keseluruhan dividen.

Seperti yang telah diketahui, KWSP telah melaburkan wang pencarum ke pelaburan halal dan tidak halal. Jadi persoalan saya...

1. Perlukan saya membayar zakat terlebih dahulu mengikut jumlah keseluruhan yang saya dapat termasuk dividen yang bercampur halal dan tidak halal itu?

2. Atau perlukah saya ketepikan jumlah dividen itu dahulu dan barulah baki jumlah tersebut akan dikira untuk pembayaran zakat? Sedangkan saya tidak mengetahui jumlah dividen tersebut. Saya pernah menulis surat bagi tujuan mengetahui jumlah dividen yang saya dapat tetapi masih belum ada jawapan.

3. Bagaimanakah cara untuk membersihkan jumlah dividen tersebut? Masalah sekarang saya tidak mengetahui jumlah dividen yang saya dapat.

4. Perlukah saya bersihkan dulu jumlah keseluruhan tersebut ke pelaburan yang lain?

SJ-11-0172 : Zakat & Dividen KWSP

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Secara ringkasnya, apa yang anda harus lakukan adalah :-

a. Asingkan jumlah dividen halal dan haram duit KWSP dengan cara mengira peratus kaunter haram yang di labor oleh KWSP. Kalau sukar juga untuk membahagikan dividen yang bercampur itu, Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah rh menyebut :-

æÅä ÇÎÊáØ ÇáÍáÇá ÈÇáÍÑÇã æÌåá ÞÏÑ ßá ãäåãÇ ¡ ÌÚá Ðáß äÕÝíä
dir="ltr"> “Jika bercampur halal dan haram, dan peratus/bahagian/kadarnya tidak diketahui, maka bahagikannya kepada dua” (Majmu’ Fataawa, 29/307).

b. Jumlah keseluruhan termasuk dividen yang halal tadi dikeluarkan zakat keatasnya. Zakat tidak wajib bagi pendapatan yang tidak halal, kerana Allah itu baik, dan dia hanya menerima yang baik. Sabda Nabi :saw :-

áÇ íÞÈá Çááå ÚÒ æÌá ÕÏÞÉ ãä Ûáæá æáÇ ÕáÇÉ ÈÛíÑ Øåæ
dir="ltr"> “Allah azzwa Jalla tidak menerima sedekah/zakat dari harta haram, tidak ada solat tanpa wudhu’” [Hadith Riwayat Abu Daud, #59]

c. Duit dividen yang haram tadi hendaklah didernakan.

Perbicangan menarik mengenai isu ini boleh anda lihat pada laman web UZAR (Ustaz Zaharuddin) :-

PERSOALAN BERKENAAN KWSP DAN ASB
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=257&Itemid=98

sekian, wassalam

خيرالأمين