SJ-13-0395 : Meletakkan Nama Muhammad Bersama Nama Allah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0395 : Meletakkan Nama Muhammad Bersama Nama Allah

salam,
di sini sy mahu menyatakan,benarkah di kota mekah bila ada signboard atau simbol perkataan ALLAH, maka nama MUHAMMAD atau rasulnya tiada?
contoh di negara kita malaysia,selalunya di masjid2,bila tertera nama allah maka nama muhammad mesti ada di sebelah nama allah itu.

2]disini ade juga org menyatakan adalah salah menukilkan nama muhammad dan allah bersama2.hanya nama allah dan tidak boleh disekalikan dgn nama muhammad.jika benar,kenapa demikian?

SJ-13-0395 : Meletakkan Nama Muhammad Bersama Nama Allah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Berdasarkan pemerhatian kami terutama di Masjid Nabawi, didapati kalimah-kalimah Allah memang tidak diletakkan bersama-sama atau sebelah menyebelah dengan kalimah Muhammad atau Rasulullah SAW. Contohnya, lihat di sini:
http://www.flickr.com/photos/36041503@N00/2112469913/sizes/o/

Bukan bermaksud tidak menggantung terus kalimah Muhammad SAW. Ada diukir atau digantung, tetapi jarang digandingkan bersama kalimah Allah. Contohnya, di pintu Masjid Nabawi, di sebelah atas kiri dan kanan ada ditulis kalimah Allah, tetapi kalimah Muhammad diletakkan di bawah. Lihat di sini: http://www.flickr.com/photos/makkorani/2246914308/sizes/o/

2) Walaubagaimanapun, tidak ada larangan syar'ie untuk meletakkan kalimah Allah dan kalimah Muhammad SAW secara bergandingan. Di dalam fatwa Islamweb.net, ditanya soalan adakah boleh meletakkan kalimah Allah di sebelah kanan dan kiri minbar dan kalimah Muhammad di tengah-tengah minbar? Jawapan Lajnah Fatwa mereka mengatakan: Tiada larangan syar'ie untuk berbuat demikian.
Lihat: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=75649&Option=FatwaId

Wallahu A'lam