SJ - 2045 : ADAKAH KARAMAH BERTENTANGAN DENGAN LOGIK AKAL ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2045 : ADAKAH KARAMAH BERTENTANGAN DENGAN LOGIK AKAL ?

assalamualaikum...lama dah x tulis apa2 kat sini..smenjak al-ahkam tukar site dulu, login x dpt masuk..ni login baru nih...ok, terus kpd soalan :

1) Apa pendapat panel al-ahkam tentang pendapat brothers salafi (sestengah mereka) yg snang2 mnafikan karomah atau kejadian ajaib yg berlaku ke atas org2 selepas Nabi S.A.W dan sahabah R.A?

2) Saya ada browse arkib al-ahkam dan jumpa pendapat ustaz : SJ- 1360...
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7078

3) cuma nak tanya pendapat panel ahkam tentang hujah mereka yg mengatakan, kalau perkara itu hendak berlaku, pasti ia sudah berlaku kpd golongan yg lebih baik ( Nabi S.A.W dan para sahabah R.A)...seolah2 logik akal mereka digunakan utk tidak menerima karomah yg berlaku ke atas tabiin dan golongan selepasnya.

Wallahu a'lam bissowab. Wassalam.

Re: SJ - 2045 : ADAKAH KARAMAH BERTENTANGAN DENGAN LOGIK AKA

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Saya mengucapkan “ Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bik “ dan “ Selamat Kembali Semula “ bersama-sama kami semua di Web al-Ahkam. Net ini . Lama juga tak nampak saudara di sini , mudah-mudahan kemunculan saudara kali ini lebih memberikan manfaat besar kepada kita semua . Amin .

Merujuk kepada soalan-soalan saudara di atas ;

Sebelum saya mengemukakan jawapan – sepanjang pengetahuan saya yang sedikit ini – maka kita kenal dahulu apakah KARAMAH itu sendiri .

Karamah = Kuasa “ Luar Biasa “ yang berlaku ke atas golongan Awliya’ ( Para Wali ) r.h dengan izin Allah Ta’ala untuk lebih membuktikan kewalian mereka dan mereka juga merupakan golongan yang sangat kuat berpegang dengan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah .

Pendeknya , Karamah dan yang seumpama dengannya – seperti Mukjizat , Irhas , Ma’unah dan sebagainya drp kategori kuasa-kuasa luar biasa yang baik dan terpuji – dipanggil sebagai KUASA LUAR BIASA . Dan di dalam kitab-kitab jawi kuno dinamakan sebagai “ Perkara-Perkara Yang Mencarik Adat-Kebiasaan “ .

Manakala “ kuasa luar biasa “ yang tergolong drp kategori yang terkeji dan dilarang adalah seperti Sihir , Sya’awadzah , Istidraj dan seumpamanya . Ianya berlaku ke atas Golongan “ Awliya’ At-Thoghut “ ( Wali-Wali Tiruan Yang Bertuhankan selain Allah Ta’ala ) .

Kedua-dua jenis “ kuasa luar biasa “ ini , sama ada ianya yang jenis terpuji ataupun sebaliknya , kedua-duanya kita panggil sebagai “ KUASA @ PERKARA YANG LUAR BIASA “ ( Super natural ) . Apakah ertinya kata-kata itu ? , ertinya kuasa luar biasa ialah satu kuasa @ perkara yang di luar jangkaan akal kita .

Baiklah ! mari kita lihat jawapan-jawapan berikut :

1 – Siapakah yang mereka nafikan karamahnya ? …Ini yang perlu kita tinjau terlebih dahulu sebelum meninjau persepsi-persepsi lain . Kalau mereka mengengkari apa yang berlaku daripada golongan yang jahat dan ahli maksiat itu sebagai KARAMAH , maka sudah tentu kita juga menyokong penafian seperti ini , sebab sebagai mana kita jelaskan , Karamah itu tidak berlaku melainkan ke atas Para Awlia’ Allah Ta’ala sahaja .

Tapi kalau mereka menafikan KARAMAH itu secara total , maka ketahuilah itu bukanlah golongan SALAFI @ SALAFIAH , sebaliknya mereka hanya bertopengkan nama itu disebalik Fahaman MUKTAZILAH yang mereka anuti . Golongan Muktazilah ( dan pecah-pecahannya ) memang sudah terkenal sebagai golongan yang menafikan kewujudan Karamah ini secara total .

Dan Golongan di atas bukanlah Golongan Salafiah @ Salafi , tetapi mereka itulah Golongan “ Mutamaslifah “ iaitu Golongan Yang Berpura-Pura Di Sebalik Manhaj Salaf yang sebenar ! . Sebagai mana adanya golongan yang mengaku konon-kononnya merekalah pembela Saidina Ali r.h – yang digelar sebagai Golongan Syiah – walhal mereka tidak ada kaitan langsung dengan ajaran Saidina Ali r.h , maka begitulah juga dengan Golongan “ Mutamaslifah “ ini yang memperjuangkan Islam menurut fahaman yang “ Ghuluw “ ( Melampau ) !!! .

Tidak sedikit muslimin yang menyangka bahawa , setiap manusia yang mahukan reformasi dan tajdid di dalam pemikiran umat Islam ini , sudah pastilah daripada Golongan Salafiah yang selari dengan Manhaj Salaf yang sebenar ! Tidak semestinya begitu ……. Kerana Golongan Muktazilah juga merupakan golongan yang terkenal dengan fahaman untuk “ mereformasikan “ kefahaman umat Islam , Cuma fahaman mereka sesat !.

Saya sebenarnya telah mengulas perkara KARAMAH dan seumpamanya ini dengan panjang lebar di dalam Ruangan Isu Semasa – Umum, Berita , Info & Isu Semasa , bertarikh 28 / 04 / 2002 , artikel tersebut bertajuk : AMALAN PERSILATAN . Silalah saudara merujuk artikel tersebut , mudah-mudahan Allah Ta’ala menambah lagi kefahaman saudara dan kita semua mengenai permasalahan seperti ini .

2 – Jawapan Al-Fadhil Ustaz thtl di dalam url tersebut dan selain itu , tidak bercanggah sama-sekali dengan kefahaman Ahlus Sunnah Wal Jama’ah mengenai KARAMAH dan seumpamanya .

Dan amatlah baiknya jika selepas ini , Al-Fadhil Ustaz thtl boleh menambah dan memberi respon di atas jawapan saya ini . “ Fal yatafaddhol masykura ! “ ………..

3 – Ini juga telah dijawab di Ruangan Isu Semasa – Umum, Berita , Info & Isu Semasa , bertarikh 28 / 04 / 2002 , artikel tersebut bertajuk : AMALAN PERSILATAN .

Ringkasnya :

A - Kuasa Luar Biasa yang terpuji seperti Karamah ini dan seumpamanya , adalah Anugerah Allah Ta’ala . Apakah ertinya “ ANUGERAH ALLAH TA’ALA “ ? . Ertinya = Pemberian @ Hadiah Allah Ta’ala bagi sebahagian hamba-hambanya yang telah mencapai maqam kewalian di sisi-Nya .

Mempersoalkan Karamah ini mengapakah diberikan kepada orang itu dan orang ini , samalah dengan seorang yang bertanya kepada Allah Ta’ala : “ Ya Allah ! Mengapakah Kau berikan anugerah itu kepada orang itu , tetapi tidak pula diberikan kepada selainnya ? “ .

Bolehkah kita mempersoalkan sesuatu yang menjadi anugerah Ilahi ? ……. Siapakah kita !!?? .

Seorang kuli , bolehkah mempersoalkan “ boss “ nya ? .

Seorang prebet , bolehkan banyak “ songeh “ dengan jeneralnya ? .

Maka , apatah lagi kita terhadap Tuhan kita ; Allah Subhanahu Wa Ta’ala !!?? .

Ini yang pertama .

B - Kedua : Tidak ada seorang pun di kalangan ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah – sepanjang pengetahuan saya – yang menyatakan bahawa SYARAT KARAMAH IALAH IA MESTILAH PERNAH BERLAKU JUGA KE ATAS BAGINDA RASULULLAH S.A.W , JIKA TIDAK , MAKA ITU BUKANLAH KARAMAH !!! . Sila kemukakan bukti , ulama’ muktabar manakah yang mengatakan seperti itu ? .

Contohnya : Saidina Umar Al-Khattab r.a sendiri pernah berteriak ( walhal beliau r.a sedang berkhutbah Jumaat ) kepada pasukan tentera muslimin yang sedang berperang daripada jarak yang begitu jauh , akan tetapi suara Saidina Umar r.a itu sampai ke pendengaran pasukan tentera muslimin r.a di saat itu .

Contoh lain : Ada di kalangan Para Sahabat r.a yang diizinkan Allah Ta’ala untuk berjalan di atas air ( bukan air batu ) ketika melakukan “ Futuhat “ ( Perluasan Empayar Islam ) .

Kedua-dua perkara di atas tidak pernah berlaku bagi diri Baginda Rasulullah s.a.w , maka respon kita kepada pihak yang berfikiran sempit di atas : “ KALAU BENARLAH PERKARA-PERKARA ITU BENAR-BENAR BERLAKU KEPADA PARA SAHABAT R.A , ADAKAH INI BERMAKNA MEREKA R.A ITU LEBIH MULIA DARIPADA BAGINDA S.A.W ? “ . Sudah tentu tidak !!! .

Imam Abu Hanifah r.a – diberitakan – pernah berjalan di atas air untuk menyertai debat menentang kaum “ Ad-Dahriyyin “ ( Komunis di zaman itu ) .

Sunan Kalijaga rh – diberitakan – boleh bersilat dengan berbagai jenis silat menurut “ permainan silat “ musuhnya daripada kalangan sami-sami Hindu di Kepulauan Jawa .

Tok Pulau Manis rh , pernah melakukan “ karamah “ apabila berdepan dengan seorang pemerintah tertinggi Inggeris sehingga terjadinya peristiwa “ melekatnya kerusi yang diduduki oleh pegawai Inggeris “ itu sampai merah muka pegawai itu kerana malu dan takut .

Adakah semua peristiwa ini menyebabkan kita mesti percaya bahawa mereka sudah tentu lebih mulia daripada Baginda Rasulullah s.a.w !? . Sudah tentu juga tidak sama-sekali !!! .

Betapa hebatnya karamah ataupun ma’unah seseorang hamba Allah Ta’ala itu , maka sudah tentu dia tidak boleh mengatasi kemulian Baginda Rasulullah s.a.w ! .

C - Saya kira perlu saya kemukakan Usul ke-13 daripada Usul 20 ( Usul ‘Isyrin ) yang disusun oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna rh demi mengukuhkan kefahaman umat Islam mengenai Islam itu sendiri sebagai mana yang digariskan oleh Manhaj Salafus-Solihin. Kata beliau r.h :

æ ãÍÈÉ ÇáÕÇáÍíä æ ÅÍÊÑÇãåã æ ÇáËäÇÁ Úáíåã ÈãÇ ÚÑÝ ãä ØíÈ ÃÚãÇáåã ÞÑÈÉ Åáì Çááå ÊÈÇÑß æ ÊÚÇáì . æÇáÃæáíÇÁ åã ÇáãÐßÑæä Ýí Þæáå ÊÚÇáì : { ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú æóßóÇäõæÇú íóÊøóÞõæäó } . æ ÇáßÑÇãÉ ËÇÈÊÉ áåã ÈÔÑÇÆØåÇ ÇáÔÑÚíÉ . ãÚ ÅÚÊÞÇÏ Ãäåã ÑÖæÇä Çááå Úáíåã áÇ íãáßæä äÝÚÇ æ áÇ ÖÑÇ Ýí ÍíÇÊåã Ãæ ÈÚÏ ããÇÊåã ¡ ÝÖáÇ Ãä íåÈæÇ ÔíÆÇ ãä Ðáß áÛíÑåã º

Ertinya : Mencintai , menghormati dan memuji-muji orang-orang yang soleh berdasarkan amalan-amalan yang baik yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada “ taqarrub “ ( menghampirkan diri kepada Allah Tabaraka Wa Ta’ala ) . Wali-Wali Allah ialah orang-orang yang disebut di dalam ayat – ayat 63 , surah Yunus - { ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú æóßóÇäõæÇú íóÊøóÞõæäó } – “ Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa “. Keramat memang berlaku kepada mereka dengan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syariat. Di samping itu kita juga percaya bahawa mereka itu tidak berkuasa ( secara mutlak @ total ) untuk melakukan sebarang manfaat dan mudharat terhadap diri mereka , sama ada ketika mereka hidup ataupun sesudah mereka mati, lebih-lebih lagi terhadap orang lain .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

23 / Ramadhan / 1423 H
28 / November / 2002 M

Khamis – Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum