Mahukah Kita Elak Beli Kurma Iran Sebagai Tanda Solidariti Kepada Rakyat Syria?

Pengerusi Aqsa Syarif Hafidzi Mohd Noor atas inisiatif peribadinya mencadangkan agar mengelakkan diri dari membeli kurma Iran. Katanya ia adalah sebagai tanda solidaritinya bersama rakyat Syria. Beliau menambah, Iran secara terang-terangan telah menghantar tentera Pengawal Revolusinya ke Syria untuk membantu Assad membunuh rakyatnya sendiri.

Berikut ini petikan dari FB beliau:

Siapa sokong angkat tangan dan sila 'like' dan share.

Saya suka mencadangkan untuk mengelak dari membeli kurma dari Iran. Saranan ini saya buat atas inisiatif peribadi sebagai tanda solidariti saya bersama rakyat Syria yang pada hari ini dibunuh oleh Regim Basyar Assad dan dibantu secara ketenteraan terang-terangan oleh Iran yang mengirim tenteranya Revolutionary guardnya ke Syria.

Kurma Iran yang terdapat di pasaran antaranya

  • Mariami
  • Hossein
  • Rabbi
  • Rotab

Ramadan hanya sebulan dari sekarang. tempahan kurma oleh pembekal-pembekal mungkin sudah selesai. Sebagai pengguna kita ada kuasa untuk menetapkan pendirian kita. Ini soal nyawa saudara saudara kita di Syria. Sekat Basyar Assad, Iran dan Hizbu-syaitan dari terus membunuh anak-anak kita di sana.

 

Israel menyerang Dara'a, Iran menyerang Homs, Iraq menyerang Dair El-Zur dan Russia menyerang Damsyik 

 

 

Kategori Berita: