SJ-12-0290 : Kesaksian Penyanyi nasyid kotemporari

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0290 : Kesaksian Penyanyi nasyid kotemporari

Assalamualaikum Wmt Wkt

Didoakan agar semua ahli panel dalam inayah Allah

Adakah penyanyi nasyid masa kini tergolong dalam golongan yang ditolak kesaksiannya? Mohon penjelasan, Jzkmllh

Wassalam

SJ-12-0290 : Kesaksian Penyanyi nasyid kotemporari

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Atas dasar apakah penyanyi nasyid tidak boleh menjadi saksi dan kesaksiannya ditolak.

Persoalan ini juga tidak dijelaskan dengan tepat , iaitu kesaksian yang bagaimana yang dimaksudkan oleh saudara?....Adakah menjadi saksi dalam sesuatu kes jinayah syar’iyyah (hudud , Qisas , ta’zir) , atau saksi pernikahan , atau saksi dalam masalah menulis hutang atau sebagainya…

Minta dijelaskan dengan sempurna untuk jawapan yang lebih tepat.

Walaubagaimana pun , jika dikatakan penyanyi nasyid itu ditolak kesaksiannya atas alasan , bahawa dia adalah seorang penyanyi , adalah tidak boleh dijadikan hujjah atau asas penolakkan kesaksiannya dalam Islam.Ini kerana , hukum muzik itu sendiri terdapat khilaf dikalangan ulama.Lebih-lebih lagi seorang penyanyi nasyid tetap dianggap melaksanakan tugas dakwah kerana liriknya mempunyai kata-kata dan ucapan yang berunsurkan kepada pengagongan terhadap Allah swt dan Rasul.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com