Bolehkah seorang bapa yang tidak pernah beraqiqah untuk diri sendiri membuat aqiqah untuk anaknya yang baru lahir? Adakah dia perlu melakukan aqiqah terlebih dahulu untuk dirinya dan barulah boleh dibuat aqiqah kepada anaknya?... Minta penjelasan
Sumber Rujukan Islam Anda..
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Jumhur ulama' berpendapat bahawa bahawa aqiqah hukumnya Sunat (Sunnah mu'akkadah) dan bukannya wajib. Bagi seorang bapa yang dirinya tidak diaqiqah bukanlah menjadi penghalang untuk tidak melakukan aqiqah bagi pihak anaknya. Malah adalah mustahab bagi seorang bapa melakukan aqiqah untuk anaknya. Sabda Nabi :saw
Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." adalah aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghalangnya dari melakukan kebaikan.
Berkata Ibn Qudamah rh : "Jika aqiqah tidak dilakukan dan kanak-kanak tersebut sudahpun baligh dan telah pun bekerja, dia tidak perlu melakukan aqiqah untuk dirinya. Ahmad telah ditanya mengenai perkara ini dan beliau berkata : Ia dikenakan kepada bapanya; yakni dia tidak perlu melakukan untuk dirinya sendiri; sunnah perbuatan in ialah amalan ini dilakukan oleh orang lain (iaitu bapanya)" (al-Mughni 9/364).
Kesimpulannya adalah, aqiqah adalah tanggung-jawab seorang bapa; bukan dirinya sendiri. Akan tetapi, menurut Syeikh Ib Baaz rh, jika seseorang itu mampu melakukan untuk dirinya sendiri, maka boleh dilakukannya. Walaupun si-bapa tersebut tidak pernah dilakukan aqiqah oleh bapanya, akan tetapi beliau dituntut untuk melakukan aqiqah kepada anaknya. WA.
sekian, wassalam
خيرالأمين