SJ-05-0409 : Mendahului imam dalam solat berjamaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0409 : Mendahului imam dalam solat berjamaah

:salam

pabila kita solat berjemaah, adalah dilarang kita mendahului perbuatan imam. adakah kita dikira mendahalui imam, pabila kita turun sujud dahulu dari imam terkadang terjadi imam membaca takbir bunyinya akhbar baru ianya sempurna sujud.

SJ-05-0409 : Mendahului imam dalam solat berjamaah

Salam....

Secara kaedahnya , apa sahaja perbuatan atau perkataan yang dilakukan oleh makmum dalam keadaan mendahului imam adalah dilarang sama sekali.Ini jelas sebagaimana yang diisyaratkan oleh Baginda Rasulullah saw dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang maksudnya :

“Sesungguhnya dijadikan Imam adalah untuk diikuti , sekiranya ia bertakbir , maka bertakbirlah kamu dan sekiranya ia rukuk maka rukuklah kamu………”

(HR Imam Bukhari : 734 , Imam Muslim : 417 dan Abu daud : 603)

Hadis di atas jelas menunjukkan imam hendaklah terlebih dahulu melakukan segala perbuatan dalam solat seperti rukuk , barulah selepas daripada itu diikuti oleh makmum dan bukannya makmum yang mendahului imam.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk url dibawah :

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36302&sid=a8597093b3763facaf39d5da0653db1f

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com