SJ-10-0121 : Daging Halal bercampur dgn Haram

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0121 : Daging Halal bercampur dgn Haram

:salam

Di tempat ana (NZ) pasaraya yg menjual ayam yg halal selalunya meletakkan ayam tersebut bersebelahan dgn daging khinzir. Ini menyebabkan sebahagian drp sahabat di sini was-was utk memakannya. Apa pandangan panel Fiqh Al Ahkam?

:wassalam

Re: Daging Halal bercampur dgn Haram

:salam

Ringkasnya ialah , jika daging ayam dan daging khinzir itu dibungkus dalam plastik sehingga darah yang keluar darinya tidak mengenai antara satu sama lain , dan ianya tidak bercampur serta tidak bergaul dalam satu bekas , maka..Allahu A'alam , ianya adalah tidak mengapa.Ianya sama dengan daging Khinzir yang disimpan dalam tin diletakkan bersebelahan dengan daging ayam yang juga disimpan didalam tin.

Walaubagaimana pun sekiranya masih dalam keadaan ragu dan was-was , maka adalah lebih baik ditinggalkan sebagaimana sabda Rasulullah saw :

دع ما يريبك الى ما لا يريبك

"Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada yang tidak meragukan kamu"
(Hadis Sahih riwayat Tirmizi : 2442 , Ahmad : 11656 , )

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com