[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Dr Izrail: Bilal r.a ketika disiksa hanya menyebut: Ahad Ahad!

Primary tabs

Ustaz Abu Umair sebelum ini mengatakan, "Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang." bukanlah semata-mata menyebut Allah sahaja atau Allah.. Allah.. Zikir itu hendaklah disebut dengan sempurna.

Tentang hadis "Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tiada siapa di bumi yang menyebut: Allahu Allah", pula, 1. Nabi s.a.w. bukan mahu mengajar cara berzikir tetapi menceritakan perihal akhir zaman. 2. Lafaz Allah yang kedua adalah taukid/penguat yang pertama.

Untuk siri ini, Dr Izrail akan menjawab hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh al-Fadhil Ustaz Abu Umair.

Selamat membaca...


izrail - Nov 03, 2007 - 12:49 AM
Post subject:


Quote:


Ayat ini sama dengan ayat:

Ertinya: "Makanlah (haiwan sembelihan) yang disebut nama Allah di atasnya". وكلوا مما ذكر اسم الله عليه
(Al-An'aam: 118)

Barakallahu fik Syeikh Abu Umair...cuma sedikit ralat pd huruf wau awal ayat tu adalah huruf fa':

فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ
ada satu lagi dalil mereka pasal zikir nama Allah ini: hadith Bilal r.a ketika disiksa hanya menyebut: Ahad Ahad.

H.R Ibn Majah, Ibn Hibban & al-Hakim. Dinilai "Hasan" oleh Albani dan Syuib Arnaouth.

Kalau nak tahu Ahad itu apa? kena tanya Bilal r.a kenapa dia sebut Ahad Ahad.

Wallahu a3lam

 

Quote:

Quote:
1- Suruhan Allah SWT supaya sentiasa menyebut namaNya seperti dalam FirmanNya (76:25):

"Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang." وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

Ayat ini sama dengan ayat:

Ertinya: "Makanlah (haiwan sembelihan) yang disebut nama Allah di atasnya". وكلوا مما ذكر اسم الله عليه
(Al-An'aam: 118)

Menyebut nama Allah di dalam ayat ini, bukannya menyebut "Allah" sahaja, atau "Allah, Allah" sewaktu sembelih. Tetapi menyebut kalam yang memberi makna iaitu: "Bismillah".

Maka, tentang zikirlah nama Allah, mestilah juga dengan kalam yang sempurna, seperti lafaz2 tasbih, takbir, tahmid dll yg diajar dan diamal oleh Rasulullah SAW

Kalau ikut kaedah usul fiqh, "sebutlah nama Tuhanmu" adalah lafaz mutlak kepada semua sebutan nama-nama Allah SWT. Lafaz mutlak ini berkekalan sehingga ada dalil lain yg mentaqyidkannya.

Dalil Surah Al-An'aam: 118, tidak mentaqyidkan lafaz mutlak tersebut kerana ia suruhan supaya Makan apa yang disebut nama Allah di atasnya, dan ayat Surah al-Insan:25 pula suruhan mengingati Allah SWT. Ulama Usul tidak menerima taqyid yg berbeza sebab dan hukum antara dua dalil.

Dan taqyid "sebutlah nama Tuhanmu" hanya kepada tasbih, takbir, tahmid juga tidak tepat kerana konteks dan cara mengingati Allah SWT lebih luas daripada itu. Bahkan terdapat ayat Al-Quran yg membezakan antara perbuatan mengingati Allah dan bertasbih.

Wallahu a3lam