SJ-02-0030 : Boikot Amerika..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0030 : Boikot Amerika..

Assalamualaikum Ustaz...

Saya ada kemusykilan..
ada sahabat bertanya pada saya,,
xpe ke kita boikot amerika,
sedangkan kat amerika da org muslim..
kalau kita boikot diorg...
Impak ekonomi tu diletakkan pada muslim di sana ::cry: ...
cthnya..bila ekonomi sana tergugat..Umat Islam kat sana akan dibuang keja n sbgnya..

then camne ye ::? ?

SJ-02-0030 : Boikot Amerika..

wa'alaikumusalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Boikot atau kempen pemulauan barangan Israel dan sekutu-sekutunya, termasuk Amerika merupakan apa yang dikenali sebagai Jihad Ekonomi, yang menjadi tanggung-jawab setiap individu Muslim melakukannya. Barangan Israel Zionist sudah pasti kita wajib memboikotnya. Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, buat masa ini wajib juga kita memboikot barangan-barangan Amerika dan sekutu-sekutunya, termasuk Denmark dsb.

Allah swt telah menjelaskan mengenai Jihad Ekonomi didalam firmannya :-

ÅöäøóãóÇ ÇáúãõÄúãöäõæäó ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÈöÇááøóåö æóÑóÓõæáöåö Ëõãøó áóãú íóÑúÊóÇÈõæÇ æóÌóÇåóÏõæÇ ÈöÃóãúæóÇáöåöãú æóÃóäúÝõÓöåöãú Ýöí ÓóÈöíáö Çááøóåö ÃõæáóÆößó åõãõ ÇáÕøóÇÏöÞõæäó
dir="ltr">"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " [Al-Hujurat 49: 15]

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ åóáú ÃóÏõáøõßõãú Úóáóì ÊöÌóÇÑóÉò ÊõäúÌöíßõãú ãöäú ÚóÐóÇÈ Ãóáöíã. ÊõÄúãöäõæäó ÈöÇááøóåö æóÑóÓõæáöåö æóÊõÌóÇåöÏõæäó Ýöí ÓóÈöíáö Çááøóåö ÈöÃóãúæóÇáößõãú æóÃóäúÝõÓößõãú Ðóáößõãú ÎóíúÑñ áóßõãú Åöäú ßõäúÊõãú ÊóÚúáóãõæäó
dir="ltr">"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." [Al-Saff 61: 10-11]

Dr. Hussein Shihata, Professor Ekonomi Islam, dari Fakulti Perdagangan di Univerisiti al-Azhar berkata bahawa Jihad ekonomi boleh berlaku pada tiga keadaan :
1. Membantu dari aspek kewangan kepada instituisi Jihad, yang mempertahankan agama Islam.

2. Mengadakan Boikot ekonomi yang tujuan utamanya melemahkan ekonomi Zionist, gerakan anti Islam dan sekutu-sekutunya, dalam masa yang sama mengukuhkan ekonomi negara Arab dan orang Islam, bagi menjadikan mereka berdikari didalam ekonomi mereka.

3. Menghancurkan kepentingan ekonomi musugh, menggunakan segala cara, misalnya menyeru semua pekerja-pekerja Islam berhenti berurusan dengan mush-musuh Islam.

Malahan menurut Dr Monzer Kahf, seorang pakar ekonomi Islam (yang pernah bekerja di US, di University of Utah, Salt Lake City, Utah) "orang Islam Amerika mempunyai peranan yang penting untuk mengubah sistem politik dan sokongan militari yang diberikan kepada Israel dan membetulkan polisi kerajaan didalam isu ketidak adilan yang dihadapi oleh rakyat Palestine dan juga orang-orang lain didunia ini. Didalam kes ini, jumlah bilangan orang mempunyai impak yang banyak. Lagi banyak orang Islam disana, terutamanya warganegara dan residen, lagi mudah objektif ini dicapai.

Orang Islam dinegara lain hendaklah memboikot untuk bermusafir ke Amerika, sebagai satu tanda sokongan kepada kempen ini, melainkan disebabkan keperluan.

Memboikot barangan Israel adalah satu kewajipan kepada semua orang Islam termasuklah mereka yang tinggal di Amerika Syarikat, samada mereka merupakan warganegara Amerika, residen atau pendatang asing. Begitu juga orang Islam yang tinggal disebahagian kawasan Palestin yang dicerobohi pada tahun 1948, tanpa membahayakan diri sendiri atau perniagaan mereka dan tanpa perlu melakukan perkara yang melanggar undang-undang.

Tambahan lagi orang Islam yang tinggal di Amerika hendaklah juga memboikot barang-barangan syarikiat yang memberi sokongan kewangan kepada Israel, tanpa menyebabkan kemudharatan ke[ada mereka atau perniagaan mereka dan tanpa perlu melanggar undang-undang Amerika.

Perkara yang terpenting adalah orang Islam di Amerika, khususnya warganegaranya, hendaklah bersikap pro-aktif; contohnya mereka hendaklah berkerja dari dalam bagi mengubah politik dan sokongan militari kepada Israel didalam semua aspek: Undi, Demonstrasi, menyokong organisasi yang membantu rakyat Palestine, menghubungi Ahli Kongres dan menyokong Organisasi Kebangsaaan yang melakukan perkara yang sama"

Boikot kepada barangan Amerika buat masa ini dianggap sebagai jihad ekonomi. Semua umat Islam hendaklah memainkan peranan yang penting. Umat Islam yang tinggal di Amerika juga dapat mengenalpasti Syarikat barangan mana yang memberi sumbangannya kepada Israel dan tentera Amerika yang menyerang negara Islam. Lihat sahaja khemah-khemah tentera Amerika di Iraq pada masa Amerika menyerang Iraq, berkibaran bendera-bendera STARBUCKS COFEE disana, memberi minuman kopi kepada tentera mereka. Tidakkah umat Islam lain terasa akan sumbangan syarikat-syarikat ini kepada tentera yang menghancurkan umat Islam?? WA.

Sekian,wassalam

Rujukan :-

1. Dr Monzer Kahf. Working in the States & the Boycott Campaign .
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545264

Sila baca fatwa Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai boikot ini :-

2. Membeli barangan Israel dan Amerika pada masa ini merupakan Dosa Besar
http://kaminms.blogspot.com/2009/01/al-qaradhawi-membeli-barangan-israel.html

خيرالأمين