Selamat Hari Guru - Info Berkaitan Hari Guru

Primary tabs

Info sepenuhnya berkaitan Hari Guru boleh diperolehi di web Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut ini dipetik pengenalan Hari Guru di Malaysia:

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Link asal: http://www.moe.gov.my/hariguru/pengenalan.html



Sambutan Hari Guru di negara-negara lain:

Amerika Latin
Hari Guru Antarabangsa di Amerika Latin jatuh pada 11 September , sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketika Interamerican Conference on Education, di Panama.

Bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober. Di Mexico, pada 27 September 1917, Kongres Persekutuan mengishtiharkan 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun 1918

Albania
Di Albania, Hari Guru adalah hari cuti tidak rasmi yang diadakan pada 7 Mac, sehari sebelum hari ibu yang jatuh pada 8 Mac(sila lihatHari-hari cuti umum di Albania).

China
Di China, Hari Guru diraikan pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan).

Czech
Bagi Czech Republic, Hari Guru (Den učitelů) merupakan hari cuti tidak rasmi pada 28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský (Comenius). Kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka. Pegawai-pegawai awam menggunakan hari ini untuk menghargai kerjaya berkenaan dan menghadiahkan kepada guru terbaik.

Malaysia
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru.

India
Di India, Hari Guru disambut pada September 5, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal. Di sesetengah sekolah pada hari ini, tanggungjawab mengajar diambil oleh pelajar-pelajar senior untuk menunjuk penghargaan mereka terhadap guru-guru.

Secara tradisional, masyarakat India telah memberi penghormatan besar kepada para guru. Suatu peribahasa India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberi guru pangkat ketiga, lebih tinggi daripada Tuhan: "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.

Korea Selatan
Di Korea Selatan Hari Guru atau dalam bahasa Korea 스승의 날 adalah disambut pada 15 Mei. Lazimnya pada hari ini para guru akan dihadiahkan dengan bunga carnation oleh para pelajar, dan hari sekolah akan dipendekkan pada hari tersebut.

Russia
Di Russia Hari Guru adalah pada 5 Oktober. Before 1994, hari guru kebiasaannya pada Ahad pertama pada bulan September.

Taiwan
Di Taiwan, Hari Guru diraikan pada 28 September. Ia merupakan hari yang menghargai jasa, keperitan dan juga sumbangan mereka bukan sahaja kepada pelajar-pelajar tetapi juga kepada seluruh masyarakat. Orang ramai biasanya menggunakan hari berkenaan untuk mengzahirkan penghargaan kepada guru mereka, seperti melawat mereka atau memberikan kad kepada guru mereka. Tarikh berkenaan dipilih pada masa kelahiran Confucius, dipercayai menjadi satu model pendidik dalam China purba.

Dalam tahun 1939, Kementerian Pelajaran telah mengadakan cuti kebangsaan pada 27 Ogos, hari jadi Confucius. Akan tetapi dalam tahun 1952, Eksekutif Yuan telah menukar tarikh berkenaan kepada September, dengan alasan bahawa ia telah dikira sebagai tarikh yang tepat dalam kalendar Gregorian.

Majlis keraian wujud di kuil-kuil Konfucius di sekeliling pulau berkenaan, dikenali sebagai Majlis Besar-besaran Dedikasi kepada Konfucius (祭孔大典). Mejlis berkenaan bermula pada 6 pagi dengan pukulan drum. 54 pemuzik berpakaian dalam 'robes' dengan talipinggang biru, 36 (atau 64) penari berpakaian kuning dengan talipionggang hijau. Mereka telah didahului dan diikuti oleh pegawai-pegawai majlis. Tiga binatang -- lembu, kambing dan babi -- telah dikorbankan. Rambut yang ditarik daripada ketiga-tiga korban ini dipanggil Rambut-rambut Pintar.

Tambahan pula, institut-institut pendidikan tempatan dan para pegawai awam menganugerahkan guru-guru tertentu kerana kecemerlangan dan pengaruh mereka.

Thailand
16 Januari telah dijadikan sebagai Hari Guru di Thailand oleh satu resolusi kerajaan pada 21 November , 1956. Hari Guru pertama telah diadakan pada tahun 1957.

USA
Di Amerika Syarikat disambut pada hari Selasa pertama setiap bulan Mei.

National Education Association (NEA) atau Persatuan Pendidikan Kebangsaan menganggap hari guru peringkat kebangsaan sebagai "hari menghormati para guru dan mengenang jasa dan sumbangan yang dilakukan dalam hidup kita"

NEA memberi satu sejarah Hari Guru Kebangsaan:
asal-usul Guru Hari adalah kabur. Sekitar 1944 guru Arkansas, Mattye Whyte Woodridge mula berhubung dengan pemimpin politik dan pemimpin pendidikan mengenai keperluan untuk satu hari kebangsaan bagi menghormati guru. Woodbridge menulis kepada Eleanor Roosevelt yang pada tahun 1953 memujuk Kongres Amerika Syarikat yang ke lapan puluh satu untuk mengistiharkan satu Hari Guru Kebangsaan.

NEA bersama dengan sekutu Kansas dan gabungan negeri Indiana dan Bandar Raya Dodge (Kan. ) melobi Kongres tempatan bagi mewujudkan sebuah hari kebangsaan bagi meraikan guru-guru. Kongres mengisytiharkan 7 Mac 1980, sebagai Hari Guru Kebangsaan tetapi hanya untuk tahun itu.

NEA dan sekutu-sekutunya meneruskan menyambut Hari Guru pada Selasa pertama dalam bulan Mac sehingga 1985, apabila PTA Kebangsaan menubuhkan Minggu Penghargaan Guru sabagai seminggu penuh pertama bulan Mei. Perhimpunan Perwakilan NEA kemudiannya mengundi untuk menjadikan Selasa minggu itu sebagai Hari Guru Kebangsaan.

Semenjak 7 September 1976, 11 September turut diambil sebagi Hari Guru di negeri US, Massachusetts.

Vietnam
Di Vietnam, Ngày nhà giáo Việt Nam (Hari Pendidik Vietnam) jatuh pada November 20. Pada hari tersebut, para pelajar dapat cuti daripada sekolah, tetapi mereka dijangkakan melawat guru dan bekas guru mereka di rumah mereka dan mereka membawa bunga untuk menunjukkan penghargaan mereka.

Link asal: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Guru