SJ-06-0084 : Kepastian ttg Jama' dan Qasar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0084 : Kepastian ttg Jama' dan Qasar

:salam

Jazakallah khairan kathira atas inisiatif rujukan feqh secara maya ini.

Saya tertarik dgn thread http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=37583&highlight=qasar.

Di perantauan, saya lihat sesetengah pelajar2 Saudi mereka solat qasar pd kesmua solat 4 raka'at setiap hari sehinggalah selesai belajar & pulang ke negara mereka atas alasan pndgn Ibn Taimiyah itu. Bg mereka slg mereka duduk di luar negara sementara (biarpun smpai 3-4 thn) itu masih dikira sementara. Manakala sebhg yg lain (pljr Saudi juga) mengatakan itu tiada dlm feqh & mengatakan itu hanyalh bg mereka yg hidup sgt susah di perantauan sprti terlampau sejuk, ketiadaan air dll. Jadi wujudlah dua golongan pelajar Saudi di sini. Satunya selalu solat qasar & satu lg tamam.

Bgamanakah matan asal pndgn Ibn Taimiyah itu?

Bg saya kalau keluar rumah pergi ke bandar @ k mana2 baharulah saya jama' & qasar sbb di sini sgt asing dgn keadaan status kami sbg pendatang.

Sebrg maklum balas didahulukan berbyk terima kasih. Jzkk.

Re: Kepastian ttg Jama' dan Qasar

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Antara jawapan Ibn Taimiyyah dalam bab Qasar Solat:

إذَا نَوَى أَنْ يُقِيمَ بِالْبَلَدِ أَرْبَعَةَ أَيَّامٍ فَمَا دُونَهَا قَصَرَ الصَّلَاةَ كَمَا فَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا دَخَلَ مَكَّةَ . فَإِنَّهُ أَقَامَ بِهَا أَرْبَعَةَ أَيَّامٍ يَقْصُرُ الصَّلَاةَ . وَإِنْ كَانَ أَكْثَرَ فَفِيهِ نِزَاعٌ . وَالْأَحْوَطُ أَنْ يُتِمَّ الصَّلَاةَ . وَأَمَّا إنْ قَالَ غَدًا أُسَافِرُ أَوْ بَعْدَ غَدٍ أُسَافِرُ وَلَمْ يَنْوِ الْمُقَامَ فَإِنَّهُ يَقْصُرُ أَبَدًا فَإِنَّ { النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَامَ بِمَكَّةَ بِضْعَةَ عَشَرَ يَوْمًا يَقْصُرُ الصَّلَاةَ وَأَقَامَ بِتَبُوكَ عِشْرِينَ لَيْلَةً يَقْصُرُ الصَّلَاةَ }

Jika dia berniat untuk menetap di satu-satu negeri selama empat hari atau kurang daripadanya, maka boleh mengqasarkan solat sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam lakukan ketika masuk ke Makkah. Baginda menetap di Makkah selama empat hari dengan baginda mengqasarkan solat.

Jika melebihi empat hari, ada perselisihan ulama. Yang lebih berjaga-jaga ialah solat secara tamam.

Manakala jika dia berkata: Esok aku berjalan musafir lagi, atau lusa aku berjalan musafir lagi, dan tidak berniat untuk bermukim maka dia bolehlah mengqasarkan solat selama-lamanya. Kerana Nabi Sallallahu Alahi Wasallam menetap di Makkah beberapa belas hari, dan baginda qasar solat. Baginda juga menetap 20 hari di Tabuk, dan baginda qasar solat.

Dalam soalan lain, beliau menjawab:

وَلَمْ يُحِدَّ السَّفَرَ بِزَمَانٍ أَوْ بِمَكَانِ وَلَا حَدَّ الْإِقَامَةَ أَيْضًا بِزَمَنٍ مَحْدُودٍ لَا ثَلَاثَةٍ وَلَا أَرْبَعَةٍ وَلَا اثْنَا عَشَرَ وَلَا خَمْسَةَ عَشَرَ فَإِنَّهُ يَقْصُرُ . كَمَا كَانَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ السَّلَفِ يَفْعَلُ حَتَّى كَانَ مَسْرُوقٌ قَدْ وَلَّوْهُ وِلَايَةً لَمْ يَكُنْ يَخْتَارُهَا فَأَقَامَ سِنِينَ يَقْصُرُ الصَّلَاةَ . وَقَدْ أَقَامَ الْمُسْلِمُونَ بِنَهَاوَنْدَ سِتَّةَ أَشْهُرٍ يَقْصُرُونَ الصَّلَاةَ وَكَانُوا يَقْصُرُونَ الصَّلَاةَ .

Perjalanan musafir tidak dihadkan dengan satu-satu tempoh atau tempat. Dan tidak ada juga had permukiman dengan sesuatu tempoh, samada tiga hari, empat hari, 12 hari, atau 15 hari. Maka boleh diqasarkan solat.

Sebagaimana ia diamalkan oleh bukan seorang dari kalangan salaf. Hingga Masruq yang diberikan satu tugasan di satu tempat yang bukan tempat pilihannya sendiri, telah mengqasarkan solat beberapa tahun.

Orang Islam juga pernah bermukim di Nahawand selama enam bulan, mereka mengqasarkan solat.