SJ-14-0187 : lepas kahwin pahala amalan-amalan di ganda 70?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0187 : lepas kahwin pahala amalan-amalan di ganda 70?

:salam

saye selalu dengar ... selepas kahwin setiap pahala amalan di ganda dengan 70... benarkah?

Re: lepas kahwin pahala amalan-amalan di ganda 70?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

Kenyataan bahawa pahala amalan orang yang berkahwin digandakan 70 kali berbanding orang bujang adalah dusta. Ia bersandarkan kepada riwayat yang dusta terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu:

ركعتان من المتزوج أفضل من سبعين ركعة من الأعزب

Maksudnya: "Dua rakaat yang dilakukan oleh seorang yang sudah berkahwin lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang bujang".

Hadis ini adalah batil atau palsu. Dikategorikan palsu oleh ramai ahli hadis, antaranya:

- Ibn al-Jauzi, dalam al-Maudhu'aat
- Al-Suyuti, dalam Al-Laali al-Mashnu'ah
- Al-Syaukani, dalam Al-Fawaid al-Majmu'ah

Wallahu A'lam.