Malaysia Disaran Gubal Akta Jenayah Sihir

Primary tabs

Bernama melaporkan baru-baru ini ada yang mencadangkan agar Malaysia menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam melalui mekanisme perundangan. Bila kita baca laporan (pada tahun 2009) di bawah ini nanti, Arab Saudi telah mendahului usaha ini dengan menubuhkan unit anti perdukunan dan sihir di bawah Jabatan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Juga nanti akan disertakan video berkenaan kegiatan anti sihir di Arab Saudi.



------ Petikan Berita----
Polisi Saudi Bentuk Satuan Anti Perdukunan dan Sihir
Senin, 11/05/2009 14:48 WIB

Polisi susila Saudi telah meluncurkan sebuah program untuk memberantas praktek perdukunan dan sihir, seperti dilaporkan oleh kantor berita resmi Saudi pada Sabtu yang lalu.

Komisi untuk anjuran melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (Komisi Amar Ma'ruf Nahi Munkar) atau yang lebih dikenal dengan nama Muttawa, akan membuat tim-tim khusus yang terlatih untuk membasmi praktek-praktek syirik tersebut, kata wakil presiden komisi - Ibrahim Al-Hoiml kepada media Saudi.

"Rencana tersebut bermaksud untuk melatih orang-orang yang akan terjun langsung di lapangan dalam menangani persoalan yang berkaitan dengan perdukunan dan sihir serta melindungi masyarakat dari hal tersebut dan meningkatkan kesadaran publik atas bahaya syirik," katanya menambahkan.

Para ulama Saudi prihatin maraknya praktek perdukunan, tukang ramal, sihir dan sejenisnya yang beroperasi diluar aturan negara yang berpaham Wahabbi ini.

Para dukun tersebut sering memberikan layanan jasa kepada para wanita yang sulit jodoh ataupun yang menginginkan segera punya anak, serta memberikan layanan pengobatan kepada masyarakat yang tertimpa penyakit.

Beberapa ratus dukun sangat terkenal yang berasal dari ribuan imigran pekerja dari Afrika yang masuk ke Arab Saudi.

Pada bulan Maret lalu, seorang tukang sihir ditangkap di wilayah Hail, yang menutupi dinding rumahnya dengan lebih dari 100.000 mantera termasuk rajah-rajah dari darah, menurut laporan dari media.

Beberapa pejabat mendesak pemerintah untuk menghancurkan rumah tukang sihir tersebut untuk membuktikan kepada masyarakat bahwa sihirnya tidak bisa melindungi rumah itu.

Sudah saatnya Indonesia meniru langkah yang di ambil pemerintah Saudi, mengingat praktek-praktek perdukunan dan sihir di Indonesia sangat marak dan legal, demi melindungi masyarakat Islam Indonesia dari bahaya Syirik dan mencegah lebih banyaknya adzab Allah turun ke negeri kita ini.(fq/meo)

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/polisi-saudi-bentuk-satuan-anti-pe...



-----Petikan Berita Bernama-------

Malaysia Disaran Gubal Akta Jenayah Sihir

KUANTAN, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Ikip Dr Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

"Bukan hanya di Malaysia, tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang. Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil," katanya ketika membentangkan kertas kerja Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Sihir pada seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di sini Isnin.

Seminar itu dirasmikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Rahman Md Yunus.

Dr Mahyuddin berkata akta tersebut juga perlu mengandungi peruntukan bagi penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir di bawah Polis Diraja Malaysia, yang berkuasa menyiasat dan menjalankan segala prosedur berkaitan untuk membanteras kegiatan jenayah membabitkan ilmu sihir.

Beliau juga mencadangkan jabatan itu dibantu lembaga penasihat khas daripada golongan berpengalaman luas dalam bidang berkaitan sihir kerana mereka perlu menyiasat suatu jenayah yang sukar dikesan dengan mata kasar.

Dengan penubuhan jabatan berkenaan, maka proses undang-undang iaitu aduan, siasatan, tangkapan, penggeledahan, pendakwaan dan perbicaraan akan dapat dilaksanakan, katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, Rahman berkata perlaksanaan undang-undang jenayah sihir tidak mustahil untuk direalisasikan, namun memerlukan kajian menyeluruh.

Beliau berkata cabaran utama pelaksanaan akta itu ialah pendakwaan di mahkamah kerana memerlukan bukti zahir dan kukuh.

Justeru, katanya, seminar anjuran bersama Kolej Antarabangsa Ikip dan Yayasan Pahang itu diharap dapat membincangkan isu berkenaan dengan lebih mendalam, selain menjadi perintis kepada pihak lain bagi merealisasikan perlaksanaan undang-undang jenayah sihir.

-- BERNAMA



Video:
{youtube}cNxakf8Hi-I{/youtube}
{youtube}uxrOgIVQqMI{/youtube}
{youtube}2v0inN7gd1U{/youtube}
{youtube}QF_ahyTKya4{/youtube}
{youtube}AP7ThdPcxFQ{/youtube}