SJ-05-0528 : Hukum baca tasbih sewaktu sujud

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0528 : Hukum baca tasbih sewaktu sujud

Ape hukum baca tasbih sewaktu sujud?

Katala kalo lupa/sengaja tak baca tasbih dalam:

1) Solat bersendirian

2) Solat jemaah

2a) Bagaimana kalo biasenya baca, tapi khayal jap, then masa nak naik ke rukun lain ragu-ragu dah baca ke belum... time solat berjemaah, ape perlu dibuat.

Setakat pembacaan saya, Imam Malik, Syafie, Hanafi kata sunat, Ahmad kata wajib. Nak ikut yg mana. Bagaimana ia bagi kesan pada soalan 1), 2) dan 2a) di atas?

Re: Hukum baca tasbih sewaktu sujud

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jumhur ulama’ mengatakan membaca tasbih didalam solat adalah sunat mustahab (yang digalakkan). Ini adalah pendapat Malik, Abu Hanifah, al-Syafie dan riwayat yang lemah dari Ahmad. Jika lupa, ia tidak menjejaskan kesahihan solat. Pembahagian “wajib solat” ini tidak ada pada mazhab Syafie (yang wujud adalah dua pembahagian; Rukun dan Sunat Solat)

Bagi yang berpegang kepada Mazhab Hanbali,

- didalam situasi apabila dia bersolat sendirian atau menjadi Imam, apabila lupa membaca tasbih ketika sujud atau ruku’, hendaklah dia melakukan sujud sahwi.

- jika dia bersolat jemaah (menjadi Makmum) bersama Imam, keperluan untuk melakukan sujud sahwi diangkat, maka tidak perlu sujud sahwi [al-Mughni, 1/679].

- Menurut Imam Ahmad, jika meninggalkan tasbih dengan sengaja, maka batal solat, dan jika tidak sengaja meninggalkannya, tidak batal solat, dikuti dengan sujud sahwi.

Apa yang perlu kita lakukan sebagai penuntut ilmu ialah memahirkan diri kita dengan satu mazhab dulu, agar kita tidak terlibat didalam isu-isu yang dikhilafkan ulama’. Paling hampir kepada kita adalah Mazhab al-Syafie, dimana Imam Syafie juga merupakan ulama’ yang hidup di zaman salaf. Syarat utama untuk kita menceburi didalam bidang Fiqh Muqarran ini adalah sekurang-kurangnya kita telah mahir dan menguasai bidang fiqh salah satu mazhab yang muktabar. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan :
- Dr Muhammad Na'im Muhammad Hani Saa'ie. Mausu'ah masaail al-jumhuur fi al-Fiqh al-Islami, 1/165.

خيرالأمين