saya ingin mendapatkan definasi apakah yang dikatakan taufik dan hidayat. Tujuannya untuk menilai samaada saya telah mendapat kedua duanya atau pun belum. saya harapkan penerangan ustaz beserta contoh contohnya.. Umpamanya saya nak solat isyak dimasjid, tetapi bila start kereta tak hidup atau tayar bocor..adakah ini dikatakan tiada taufik dari Allah?
Sekian terima Kasih
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-1676: taufik dan hidayat
Primary tabs
Tue, 23/07/2002 - 5:34pm
#1
SJ-1676: taufik dan hidayat
Jawab:
Tawfeeq dan Hidayah ni selalu orang guna untuk maksud yg sama. Yang sebenarnya Hidayah adalah petunjuk umum dan Tawfeeq itu petunjuk yg lebih khusus. Misalnya Abu Talib mendapat Hidayah berupa pelajaran dan ajaran yg disampaikan oleh Nabi saw, tapi dia tidak diberi taufik. Inilah maksud firman Allah ," Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kpd orang yg kamu kasihi, tapi Allah memberi petunjuk kepada orang yg dikehendaki-Nya.." alQasyasy: 56
Maksudnya kita boleh menyampaikan hidayah tapi taufiq itu hanya dari Allah. Hidayah ini bermaksud peluang, pelajaran, dakwah, contoh teladan, manakala tawfeeq pula kekuatan hati untuk beriman yg ditentukan oleh Allah SWT.
Mengenai anda, anda sudahpun mendapat hidayah dan taufeeq (sudah beriman (muslim) dan sudah istiqamah di atas jalan Islam). (Syaikh Jamil Zainu, Kaifa Nafham alQur'an)
Manakala kereta rosak atau pancit itu termasuk urusan keduniaan yg biasa berlaku dan bukanlah suatu yg ganjil, ia bisa berlaku ketika hendak ke mesjid, ke pasar atau ke pejabat. Rosaknya kereta atau tayarnya bocor selalunya adalah menurut hukum cause and effect sahaja. Allahu a'alam