Oleh zain-ys
Hukum menadah tangan kerana doa khatib. Fatwa yang saya petik dari buku koleksi fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor jilid 1 oleh al-Allamah Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad, halaman 68 - 69, terbitan Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, cetakan ke-3 (1981)
Teks fatwa:
Perkara: Hukum menadah tangan ketika khutbah dibaca
Soal: Bagaimanakah caranya doa pada hari Jumaat pada khutbah yang kedua wajibkah bagi makmum menadah tangan amin.
Jawab: Tidak wajib dan tidak sunah
Fatwa seterusnya:
Perkara: Menadah tangan kerana doa khatib
Soal: Waktu khatib di atas mimbar membaca khutbah maka apakala dibaca doa bagi sekelian muslimin bolehkah sekelian makmum itu menadah tangan mengatakan Amin kerana saya ada mendengar setengah daripada guru-guru berkata boleh dan setengah berkata tidak.
Jawab: Tidak sunnah mengangkat tangan
- Mengenang Jasa & Ketokohan SS Al-marhum Dato' Syed Alwi bin Tahir Al-Hadad bekas Mufti Johor
- Dato' Syed Alwi bin Tahir Al-Hadad, bukan Kaum muda sahaja, tarekat Naqsyabandi pun dibelasahnya
- Keputusan Muzakarah JK Fatwa: Wahdatul Wujud