No |
Tajuk |
الموضوع |
BAB 50 |
Berbekam Rasulullah s.a.w. (6 Hadis) |
بَابُ مَا جَاءَ فِي حِجَامَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
361 |
1. Anas bin Malik ditanya mengenai upah berbekam. Anas berkata: Rasulullah pernah berbekam dengan Abu Thaibah. Sesudah itu, Baginda memerintahkan supaya memberi Abu Thaibah dua sha’ makanan.
Baginda juga berbincang dengan tuan Abu Thaibah supaya dia mengurangkan jumlah kharaj (wang yang dipersetujui dibayar oleh seorang hamba kepada tuannya untuk kebebasan terhad) yang perlu dibayar oleh Abu Thaibah.
Kata Rasulullah, “Sebaik-baik cara bagi berubat adalah dengan berbekam.” Atau, “Berbekam adalah sebaik-baik proses berubat untuk kamu semua.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi) |
عَنْ حُمَيْدٍ قَالَ: سُئِلَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ عَنْ كَسْبِ الْحَجَّامِ، فَقَالَ: احْتَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَجَمَهُ أَبُو طَيْبَةَ، فَأَمَرَ لَهُ بِصَاعَيْنِ مِنْ طَعَامٍ، وَكَلَّمَ أَهْلَهُ فَوَضَعُوا عَنْهُ مِنْ خَرَاجِهِ وَقَالَ: «إِنَّ أَفْضَلَ مَا تَدَاوَيْتَمْ بِهِ الْحِجَامَةُ» ، أَوْ «إِنَّ مِنْ أَمْثَلِ دَوَائِكُمُ الْحِجَامَةَ» |
362 |
2. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan: Rasulullah pernah berbekam dan menyuruh aku memberi upah kepada tukang bekam itu. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad) |
عَنْ عَلِيٍّ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَأَمَرَنِي فَأَعْطَيْتُ الْحَجَّامَ أَجْرَهُ» |
363 |
3. Ibnu Abbas berkata: Rasulullah pernah berbekam di dua urat di leher belakang dan dua bahu Baginda dan memberi upah kepada tukang bekam itu. Jika berbekam itu haram, Baginda pasti tidak memberi sebarang upah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ahmad, Abu Daud, Bukhari dan Muslim) |
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ فِي الْأَخْدَعَيْنِ وَبَيْنَ الْكَتِفَيْنِ، وَأَعْطَى الْحَجَّامَ أَجْرَهُ وَلَوْ كَانَ حَرَامًا لَمْ يُعْطِهِ» |
364 |
4. Abdullah bin Umar meriwayatkan: Rasulullah pernah memanggil seorang tukang bekam kerana hendak berbekam. Baginda bertanya kepada tukang bekam itu, “Berapakah kharaj yang kamu perlu bayar kepada tuanmu?” Tukang bekam menjawab, “Tiga sha’.” Selepas itu, Rasulullah berbincang dengan tuannya. Kharaj tukang bekam dikurangkan menjadi satu sha’ dan Rasulullah memberinya upah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi) |
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَا حَجَّامًا فَحَجَمَهُ وَسَأَلَهُ: «كَمْ خَرَاجُكَ؟» فَقَالَ: ثَلَاثَةُ آصُعٍ، فَوَضَعَ عَنْهُ صَاعًا وَأَعْطَاهُ أَجْرَهُ |
365 |
5. Anas bin Malik berkata: Rasulullah pernah berbekam di dua urat di leher belakang dan di antara dua bahu. Baginda berbekam pada tarikh tujuh belas, sembilan belas dan dua puluh satu. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah) |
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْتَجِمُ فِي الْأَخْدَعَيْنِ وَالْكَاهِلِ، وَكَانَ يَحْتَجِمُ لِسَبْعَ عَشْرَةَ وَتِسْعَ عَشْرَةَ وَإِحْدَى وَعِشْرِينَ» |
366 |
6. Anas bin Malik berkata: Rasulullah pernah berbekam di bahagian atas telapak kaki, padahal Baginda sedang dalam ihram di Malal. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Nasa’i) |
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ بَمَلَلٍ عَلَى ظَهْرِ الْقَدَمِ» |
|
Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014 |
|