[BARU TERBIT] [DUNIA BUKU] Islam Anda Tafsiran Siapa?

Primary tabs

Tajuk Buku: Islam Anda Tafsiran Siapa?
Penulis: Ustaz Emran Ahmad
Halaman: 250m/s
Harga: RM17.90 (paperback)
ISBN 978-967-308-256-8

Antara kandungan buku ini:
Tahukah anda bahawa Islam yang anda fahami, ketahui dan amalkan selama ini ialah Islam yang berdasarkan tafsiran pihak tertentu?
Pihak tertentu itu boleh jadi Rasulullah, boleh jadi para sahabat dan boleh jadi juga ulama serta guru-guru yang menjadi rujukan kita di dalam beragama. Kita beragama berdasarkan tafsiran mereka. Marilah kita melihat sejarah penafsiran agama Islam ini semenjak dari zaman awal.

RASULULLAH MENAFSIRKAN AGAMA ISLAM
Ini disebut oleh para sahabat seperti hadis riwayat Jabir Radhiallahu ‘anh yang mengisahkan perihal haji Rasulullah dengan berkata yang bermaksud: “dan ketika itu Rasulullah berada di tengah-tengah kami, dan al-Quran diturunkan kepada Baginda. Dialah yang mengetahui takwilnya. Apa-apa yang Baginda lakukan, kami turut melakukannya..”

Jumlah ayat-ayat hukum di dalam al-Quran tidaklah banyak jika kita mahu beramal hanya dengan berpandukan kepada al-Quran tanpa merujuk tafsiran Rasulullah ini disebabkan ayat-ayat sekitar hukum muamalat, hal peribadi, jenayah, keadilan dan persaksian hanya sekitar 200 ayat manakala bab jihad cuma sekitar 140 ayat.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman yang bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.”

Disebut di dalam ayat 44 Surah al-Nahl bahawa peranan Rasulullah ialah untuk menerangkan dan itulah peranan utama Rasulullah di samping menyampaikan maka Baginda juga bertanggungjawab mentafsirkan agama ini kepada orang ramai. Kita boleh melihat hadis-hadis yang mengandungi tunjuk ajar hukum berjumlah sekitar 4500 buah hadis seperti yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim di dalam kitabnya I’lamul Muwaqi’in.

Di dalam sebuah hadis misalnya para sahabat bertanya kepada Baginda mengenai lautan. Mereka mengharungi laut dan tidak membawa air tawar yang mencukupi untuk digunakan bagi mengambil wuduk maka apakah mereka boleh berwuduk dengan menggunakan air laut?
Rasulullah bersabda: “Ya, Air laut itu boleh digunakan untuk bersuci serta halal bangkainya (hidupan laut adalah halal dimakan).”

Para sahabat beragama dan melaksanakan kewajipan dan kehidupan sebagai seorang Muslim menurut tafsiran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam terhadap isi kandungan al-Quran yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka mereka yang mengikuti tafsiran Rasulullah itu dijamin benar dan terjamin akan menerima balasan syurga disebabkan tafsiran Rasulullah itu pastinya bertepatan dengan kehendak Allah Subhanahu wa Taala di dalam beragama. Allah Subhanahu wa Taala berfirman yang bermaksud: “Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan Tiadalah apa yang diucapkannya itu terjadi dengan menurut kemahuan hawa nafsunya. Sebaliknya ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”

..............Islam yang benar ialah tafsiran Rasulullah dan para sahabat yang disebut dengan faham ahlul sunnah Wal Jamaah.

Tafsiran yang benar ialah seperti apa yang disebutkan di dalam Kitab Akidah Tahawiyah yang bermaksud: “Tafsiran yang sahih ialah apa yang bertepatan dengan al-Quran dan As-sunnah dan apa yang berdalilkan nas-nas manakala apa yang bercanggah dengan dalil nas maka ianya merupakan tafsiran yang salah.”

Caranya ialah menguasai Kitab Allah dan sunnah Rasulullah dengan sebaik mungkin dan berusaha mengkaji fahaman dan pegangan para sahabat Radhiallahu ‘anhum dan ulama-ulama yang menetap di atas kefahaman ahlul sunnah di dalam memahami agama Islam ini.

Sabda Rasulullah dengan maksudnya: “Sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi dan para Nabi tidak mewariskan harta tetapi mereka mewariskan ilmu.”

Bahkan Imam Abu Ishak As-Syatibi Rahimahullah telah memperingatkan umat Islam akan hakikat ini dengan menyebutkan di dalam kitabnya dengan bermaksud: “Sesungguhnya yang menjadi sebab utama bid’ah dan pertikaian yang membawa kepada perpecahan umat dan malapetaka ialah seseorang mempercayai dirinya ialah seorang mujtahid atau termasuk ahlul ilmi wal ijtihad dalam ilmu agama sedangkan hakikatnya dirinya belumlah mencapai tahap itu.

Maka apabila dia beramal dengan pendapatnya maka dianggap pendapatnya ialah sebagai pendapat ulama dan khilafnya sebagai khilaf ulama lalu baik hal itu berlaku di dalam hal yang furu (cabang) atau hal yang mendasar dan usul baik iktikad dan amaliyah sehingga seringkali dia mengambil sesetengah hal yang juz’iyah atau furu’iyah (cabang) dari syariat lalu diruntuhkan hal yang kulliyat atau usul dengannya atau sebaliknya sehinggalah jadi apa yang zahir itu sepintas lalu seolah menepati makna tetapi hakikatnya tidak mencapai maksud syarak maka inilah dia seorang tukang pembuat bid’ah.”

 

Untuk pembelian, sila klik: http://www.facebook.com/pages/Buku-buku-Agama/125207410874875#!/note.php?note_id=119828724754713

 

alt