SJ-06-0109 : Sedang solat, tiba-tiba masuk waktu solat lain

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-06-0109 : Sedang solat, tiba-tiba masuk waktu solat lain

salam..saya ada satu soalan yg ingin ditanyakan kpd panel al-ahkam mengenai solat jamak..

SITUASI: saya melakukan solat jamak ta'khir antara zohor & asar semasa berada di kampung..atas sebab2 tertentu saya terlewat untuk memulakan solat jamak tersebut..setelah menunaikan solat asar, saya terus berdiri melakukan solat zohor tetapi ketika saya berada di rakaat ke-4 solat zohor azan maghrib berkumandang..saya tetap meneruskan solat zohor itu sehingga selesai..

SOALAN: apakah solat jamak saya itu masih sah???..

#harap panel al-ahkam dpt merungkaikn persoalan ini

--------

SITUASI : ketika telah membaca tahiyat akhir saya telah terlajak menyebut salam tetapi tidak dgn sepenuhnya iaitu sekadar "assal" awal perkataan ASSALamualaikum sebelum imam mengucapkan salam..

SOALAN : adakah saya telah dikira mendahului imam? adakah solat saya masih sah?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0109 : Sedang solat, tiba-tiba masuk waktu solat lain

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Apabila seseorang itu melakukan solat dan belum sempat menyempurnakan solat didapati telah masuk waktu solat, maka kedudukan solat itu telah dibincangkan didalam link berikut oleh Ustaz Zainys :-

000010-SJ-SOLAT: Masuk waktu Isyak ketika sedang sembahyang
http://www.al-ahkam.net/home/content/000010-sj-solat-masuk-waktu-isyak-k...

Situasi yang sama juga dibincangkan didalam fatwa berikut yang dikendalikan oleh Markas Fatwa Qatar :-

من صلى الفرض في آخر الوقت فأذن للصلاة الأخرى وهو يصلي فما حكم صلاته
http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&...

Kesimpulan fatwa ini :

1. Solat sah walaupun semasa solat kedengaran azan.
2. Perlu diberi perhatian bahawa adalah berdo'a sengaja melambatkan solat sehingga ke akhir waktu.

--------------------

Bahagian ke 2 : Terlajak menyampaikan salam

Terlajak menyampaikan salam atau pun sudah mengucapkan salam didalam keadaan "lupa" tidak membatalkan solat. Jika makmum itu sengaja mengucap salam tanpa uzur atau lupa, solatnya batal. Akan tetapi jika makmum itu kerana keuzuranny seperti angin atau kentut ingin sangat keluar, dsb., maka makmum boleh mufarqah(berpisah) dengan Imam dengan mengucapkan salam terlebih dulu.

Didalam Kasyaf al-Qinaa' (1/465) ada menyebut :

 وإن سلم قبله عمدا بلا عذر تبطل ; لأنه ترك فرض المتابعة متعمدا ، ولا تبطل إن سلم قبل إمامه سهوا , فيعيده ، أي : السلام بعد سلام إمامه ; لأنه لا يخرج من صلاته قبل إمامه  .
"Jika salam sebelum Imam dengan sengaja, tanpa uzur, akan membatalkan solat. Kerana dia telah meninggalkan kewajipan mengikut Imam. Tidak batal salam salam sebelum imam jika "terlupa, kemudian dia kembali dalam salam selepas Imam memberi salam, kerana sesungguhnya dia tidak keluar dari solat sebelum Imam. 

Kesimpulannya, tidak batal solat kerana "lupa", dan hendaklah dia kembali kepada posisi asal, dan menunggu untuk ucapkan salam selepas Imam melakukannya. WA.

Sekian, wassalam

Rujuk fatawa : http://islamqa.info/ar/95567

 

خيرالأمين